Latest News

Thursday 4 February 2016

ELBERT LIM Si Pencuri Kayu Balak Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pembalakan Haram Sabah, Ketua Menteri Mesti Bertanggungjawab Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

MEMANG nama Elbert Lim adalah satu nama besar dalam pembalakan Sabah tahun 90-an. Namun, sejak Barisan Nasional (BN) menerajui Sabah, nama itu telah tenggelam kerana kehilangan 'jaringan'.

Tiada salahnya Raja Petra Kamarudin (RPK) menyebut bahawa Elbert (Albert) boleh berluasa dalam kegiatannya masa lalu kerana mendapat perlindungan daripada pihak-pihak tertentu sehingga kerajaan yang memerintah sukar bertindak dan sebarang bukti-bukti perlu disediakan oleh kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang.

Selepas Sabah dikuasai BN di mana parti yang menjadi tunjang yang juga merupakan parti yang diwakili oleh Perdana Menteri, maka kekuatan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang mendapat sokongan padu.

Selain itu, bagi mengawal pembalakan haram yang telah dimansuhkan lesen pembalakan. Ertinya, tidak ada lagi syarikat yang boleh mengaku sebagai pembalak bagi mengaburi petugas daerah semasa mereka mencuri balak.

Oleh kerana lesen pembalakan telah dimansuhkan, maka pembalakan dan kawasan yang pembalakan sangat mudah untuk dikawal. Sebab itulah nama Elbert Lim tenggelam khususnya sejak Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah.

Bukti bahawa tidak berlaku lagi pembalakan haram apabila Jabatan Perhutanan Sabah tidak lagi menemukan kayu-kayu haram yang ditebang. Selain itu, pembalak haram tidak boleh memasarkan kayu yang ditebang kerana tidak ada pembeli dan setiap kilang papan yang berlesen dan kebenaran eksport semuanya dikawal oleh kerajaan. Ini berlainan pada masa lalu bahawa ada syarikat yang dibenarkan mengeksport kayu balak sendiri.

Pada masa kini, syarikat yang dibenarkan membalak adalah syarikat yang terlibat dengan Forest Management Units (FMU) dan Yayasan Sabah melalui Benta Wawasan Sdn Bhd.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook