Latest News

Tuesday 2 February 2016

ISU 40,000 Kad Pengenalan PALSU Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dengar yang pada minit 1.31... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MEMOHON, yakni menyediakan borang permohonan dan mengisi borang permohonan adalah sama sekali tidak sama dengan memproses untuk pengeluaran kad pengenalan.

Memang benar yang dikatakan oleh seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dan atas sebab itulah dia ditahan kerana menjalankan tugasan yang melanggar undang-undang negara malah mengancam keselamatan negara.

Selama dalam tahanan, maka ditelusuri kegiatan mereka sama ada kad pengenalan yang menurut mereka itu benar-benar diproses dan selanjutnya didapati dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Oleh kerana dakwaan terdapatnya 40,000 kad pengenalan yang kononnya mahu diberikan kepada warga asing tidak dapat dikesan, maka akhirnya mereka-mereka yang ditahan melalui ISA tidak dapat didakwa di mahkamah ekoran ketiadaan bukti yang kukuh untuk mereka didakwa.

Ekoran dakwaan berbagai pihak yang kononnya ada berlaku pemberian kad pengenalan kepada warga asing, maka ditubuhkan RCI (PATI) Sabah pada tahun 2012. Selepas hampir 2 tahun, akhirnya temuan RCI itu diumumkan dan rupa-rupanya kesemua kad pengenalan yang didakwa dikeluarkan adalah merupakan kad pengenalan palsu yang didalangi oleh sindiket yang bermotifkan kewangan.

Para pemimpin yang disebut-sebut itu hanya dijadikan sebagai topeng bagi mengaburi pembeli kad pengenalan palsu tersebut. 

Individu dalam video itu memang pada awalnya menyedari bahawa tindakan mereka adalah bermotifkan kewangan. Namun, apabila pihak sindiket mampu menjadikan beberapa pemimpin menjadi topeng yakni atas nama sahaja, maka akhirnya mereka percaya bahawa pengeluaran kad pengenalan merupakan satu projek kerajaan.

Masalah kad pengenalan palsu bukan sahaja didepani Sabah malah lebih parah di Semenanjung. Oleh sebab itu, kerajaan melalui berbagai agensi terus memburu mereka-mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu serta dalang kepada penjualan kad pengenalan palsu.

Di Sabah, sebaik sahaja keputusan RCI diketahui, kerajaan negeri dengan kerjasama berbagai pihak terus memburu, menangkap dan seterusnya menghantar pulang kepada mereka-mereka yang didapati sebagai golongan PATI.

Masalah yang didepani pihak berkuasa adalah masih ada orang tempatan secara sembunyi menjadi pelindung kepada PATI, malah sebahagian golongan PATI juga telah berkahwin dengan rakyat tempatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook