Latest News

Tuesday 16 February 2016

ISU 500 Unit Rumah Rakyat Untuk Kota Belud

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ''makcik please undi i , kalau u undi i bagi u satu rumah baru please please aunty"... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)


PADA bulan Mei 2015, 1000 unit rumah PPR telah diumumkan pembinaannya di Kota Belud. Pada majlis pecah tanah projek itu, Perdana Menteri sendiri yang melakukannya.

Pada 13 Februari 2016 juga di Kota Belud sempena majlis pecah tanah pembinaan Bazar Rakyat Kota Belud yang bernilai RM19 juta, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengumumkan tambahan 500 unit rumah PPR hanya untuk memenuhi permintaan rakyat.

Kerajaan yang bertanggungjawab apabila mendengar degup jantung rakyat. Sebagai kerajaan, sudah tentu perlu menunaikan janji kalau sudah berjanji dan memenuhi permintaan rakyat di mana yang termampu.

Kerajaan yang dibentuk adalah pilihan rakyat. Rakyat tahu menilai mana satu parti yang dipilih untuk membentuk kerajaan. Dalam erti kata lain, kerajaan rakyat daripada rakyat dan untuk rakyat.

Dalam istilah pembangkang, jika sekiranya kerajaan menunaikan janji atau memenuhi permintaan rakyat akan dipanggil pula sebagai pancing undi. Manakala di pihak kerajaan pula disebut memenuhi kehendak rakyat seperti mana rakyat mengharapkan kepada kepercayaan yang diberi.

Pembangkang cukup gusar dan bimbang apabila kerajaan menunaikan tanggungjawab. Sebabnya, mereka tiada modal lagi mempengaruhi rakyat yang akhirnya apabila tiba pilihan raya, calon-calon mereka bukan sahaja kalah malah kehilangan wang pertaruhan. Apabila kalah sudah tentu cita-cita mereka untuk menjadi orang kaya berkecai.

Oleh sebab itu, apabila melihat gambar pemimpin yang menghormati warga emas sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan memberi “angpau” dikatakan sebagai merayu undi pula. Musim ini bukan musim pilihan raya! Belum masanya untuk merayu atau memancing undi. Sebabnya, belum ada acara pengundian. Merayu atau memancing undi hanya berlaku semasa kempen pilihan raya, bukannya semasa bekerja menggalas amanah yang telah diberikan selepas menang pilihan raya. 

Lihat bagaimana kerajaan yang bertanggungjawab sanggup membina rumah untuk keperluan rakyat. Program seumpama ini hanya berlaku di Malaysia dan tidak terdapat di mana-mana di dunia. Seharusnya, pembangkang berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat menyediakan perumahan kepada rakyat yang memerlukan tanpa melihat latar belakang fahaman politik. Pembangkang merasa iri hati dan bimbang kerana mungkin sebahagian penyokong mereka mendapat nikmat perumahan yang disediakan kerajaan sehingga penyokong itu berpaling tadah. 

Sebenarnya, menyokong kerajaan yang bertanggungjawab adalah berbaloi kerana kerajaan seumpama itu akan terus menjadikan pembelaan rakyat sebagai hala tuju pemerintahan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook