Latest News

Monday 15 February 2016

ISU Gadis Ranau Menjadi Mangsa Rogol

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Gadis Ranau Hampir Menjadi Mangsa Rogol oleh Bekas Majikan Oleh Web Bobohizan (screenshot) (screenshot) 
(ii) Artikel ini menceritakan bagaimana lelaki yang cuba merogolnya... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(iii) KES C FERNANDEZ SUDAH CUKUP KUAT UNTUK SABAH... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MUNGKIN saja hubungan cinta yang gagal berlaku di mana-mana. Kejadian seumpama ini tidak terhad kepada status kerana ianya berlaku di antara kedua belah pihak. Penggiat media sosial mengaitkan keadaan itu dengan kerajaan yang sebenarnya tindakan adalah tidak masuk akal. Jika sebenarnya telah berlaku salah laku seperti mana ditulis oleh blog itu, memandangkan satu laporan polis telah dibuat, maka kejadian itu kini terletak di tangan polis untuk siasatan.

Kata orang ''tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi''. Jika terdapat ada unsur-unsur terpedaya, tertipu mahupun pemaksaan itu urusan pihak polis untuk merungkainya.  Sebenarnya, tidak ada seseorangpun yang boleh terlepas daripada perbuatan jenayah di negara ini kerana lambat-laun akan dihadapkan di mahkamah jua. 

Seorang yang mempunyai kelulusan akademik seperti gadis yang dimaksudkan adalah tidak masuk akal atau tidak mampu melepaskan diri jika benar dia ditipu atau diperdayakan. Oleh kerana pada awalnya, kedua belah pihak saling memerlukan. Namun kemungkinan besar, semua janji-janji tidak ditunaikan maka timbullah kejadian seperti itu. Atau juga disebalik cerita yang masih terselindung. Siapa tahu?

Pihak luar khususnya penggiat media sosial hanya bergantung kepada laporan sebelah pihak dan hanya mendapat maklumat melalui cerita fantasi. Jika benarlah gadis itu telah membuat laporan polis dan pihak polis tidak bertindak, maka ianya merupakan satu pelanggaran undang-undang oleh pihak polis sendiri. Maka, sekiranya itu berlaku, AFS benar-benar menyarankan gadis itu boleh menyusul laporannya di balai polis yang lain seperti di Kota Kinabalu jika Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Ranau tidak bertindak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook