Latest News

Friday 26 February 2016

ISU Kebakaran Di Kampung Tamau, Kota Belud DISENSASIKAN, KERAJAAN LAGI MENDAPAT NAMA, KERJA DASAR PEMBANGKANG!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini kerajaan Umnobn celaka disabah punya kerja... Oleh FB Page Penindasan terhadap orang tempatan sabah (screenshot)

MUSIM fenomena panas akibat El-Nino menyebabkan kebakaran padang rumput berdekatan pantai di Kampung Tamau, Kota Belud dua hari yang lalu.

Bomba yang datang sejam selepas panggilan kecemasan hanya hampa setelah tiba kerana tidak mampu berbuat apa-apa memadam kebakaran disebabkan tiada bekalan air di kampung berkenaan.

Hal ini kerana salah seorang penduduk kampung memuat naik gambar kebakaran itu di facebook akibat kebakaran itu. Rumah milik keluarga juga hampir musnah akibat kebakaran dan telah disensasikan oleh pemilik facebook Penindasan Terhadap Orang Tempatan Sabah untuk mengaitkan kerajaan yang kononnya menaja PATI sebagai pengundi dan menanggung kehidupan PATI serta pada masa yang sama mengetepikan keperluan rakyat tempatan. Ini benar-benar kenyataan sentimen yang dibuat-buat secara provokasi terhadap kerajaan!

Kampung Tamau sebuah kampung di Kota Belud yang diduduki 100 peratus kaum Iranun sejak sebelum merdeka sehingga kini yang mana belum pernah merasakan apa itu bekalan air bersih (air paip) walaupun kedudukan kampung itu hanya 10 minit daripada Loji bekalan air.

Memang benar paip-paip air telah ditanam sejak tahun 2012 lagi. Namun, bekalan air daripada loji terdekat belum disambung. Kononnya penyambungan tergendala kerana penyiapan loji itu tidak sempurna seperti yang dirancang ekoran tidak disiapkan oleh kontraktor yang dilantik melalui KKLW.

Kebakaran adalah satu musibah dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Di kota bandar pun di mana bekalan air cukup jika berlaku kebakaran, biasanya premis yang terbakar juga tidak dapat diselamatkan.

Meskipun berlaku kebakaran besar di Kampung Tamau, akan tetapi tidak membawa kehilangan nyawa atau rumah penduduk kecuali tanaman penduduk seperti pisang, tebu, kelapa mahupun sayur-syayuran.

Alahai dasar pembangkang! Apa kaitan kebakaran di Kampung Tamau dengan PATI pula? Barangkali pemilik facebook itu kurang siuman. Siapa tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook