Latest News

Friday 5 February 2016

ISU NAMA 'HARIMAU MALAYA' Salah Faham Yang Berdekad Lamanya

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sejak dulu Sabah/Sarawak sudah terpinggir dari segi pembangunan, apalagi nama... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

APABILA Pasukan Bola Sepak Kebangsaan diberi jolokan 'Harimau Malaya' sempena dengan nama harimau (Panthera Tigris Jacksoni) atau Malayan Tiger,  ramai yang berfikiran bahawa nama jolokan itu merujuk kepada Malaya iaitu sebuah wilayah dalam Persekutuan Malaysia.

Mungkin kerana salah fahaman itu, maka FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) baru-baru ini telah menukar nama jolokan kepada pasukan kebangsaaan sebagai 'Harimau Malaysia'. Dengan menukar jolokan itu, bermaka ianya tidak lagi merujuk kepada spesies binatang harimau tersebut melainkan hanya merujuk kepada sebutan semata-mata dan tidak lagi merujuk kepada ketangguhan, kegarangan dan kekuatan sang bedal si harimau.

Komen Menteri Pertanian & Industri Aasa Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mungkin juga salah pengertian kerana beliau merujuk kepada 'Malayan tiger'. Sedangkan, nama jolokan kepada pasukan kebangsaan itu tidak ada kena-mengena lagi dengan binatang harimau itu.

Apabila menteri itu memberi komen merujuk kepada binatang Malayan tiger, maka beliau betul. Ini kerana tidak terdapatnya spesies harimau yang dinamakan 'Harimau Malaysia'.

Melihat kepada komen menteri itu pula dikaitkan dengan pembentukan negara yang kononnya Malaya menjadi Malaysia, maka disitulah menunjukkan lagi kekeliruan beliau berkaitan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia. 

Kepada para pembaca perlu sedar bahawa tidak semua rakyat Malaysia tahu berkaitan proses pembentukan Persekutuan Malaysia termasuk para menteri. Hanya mereka yang mengkaji sejarah sahaja yang tahu bagaimana membeza-bezakan dan menghuraikan proses pembentukan persekutuan Malaysia seperti kedudukan Malaya, Sarawak mahupun kedudukan Sabah.

Kembali kepada jolokan kepada pasukan bola sepak kebangsaan yang kini dinamakan Harimau Malaysia, maka dengan sendirinya FAM (Football Association of Malaysia) mahu memperbetulkan salah faham yang wujud berdekad lamanya berkaitan dengan sebutan Harimau Malaya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook