Latest News

Thursday 11 February 2016

ISU Pasangan Warga Emas Daif Diberi Bantuan!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) INI KES KEJUTAN TIDUR UMNO, BN... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

SEBENARNYA, jika Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Ketua Kampung sendiri ada membuat laporan berkaitan isu pasangan warga emas yang daif yang ditemui baru-baru ini, maka masalah yang didepani warga emas ini sudah lama diselesaikan.

Sebenarnya, kerajaan telah mewujudkan berbagai program untuk memantau rakyat yang dalam keadaan seperti pasangan ini seperti program e-kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri, Bantuan Orang Tuu (BOT) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun, jika data atau laporan berkaitan seseorang rakyat itu tidak dibuat, maka beginilah kejadiannya seperti yang ditemui oleh kembara para pemimpin Umno/Bn sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Melihat kejadian yang ditemukan pasangan warga emas daif di Inanam tersebut menunjukkan bahawa masih terdapatnya warga kita yang kurang prihatin kerana tidak menghebahkan keadaan warga emas itu kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Kemiskinan tidak dapat dipungkiri oleh sesiapa. Walaubagaimanapun, majunya sesebuah negara masih juga terdapat rakyat yang miskin dan daif. Jika di negara luar seperti negara Afrika mahupun negara-negara dunia ketiga, mereka yang miskin dan daif akan menjadi gelandangan dan sampah masyarakat. Namun, di negara kita ianya diambil peduli! Hanya kerana kes sepasangan warga mas itu tidak dilaporkan, maka mereka tidak dapat dibantu dengan segera.

Untuk makluman pembaca, sebelum tahun 2009 kadar kemiskinan Sabah berada di atas 20 peratus dan pada tahun 70-an dalam kadar 60 peratus. Antara salah satu sebab Sabah menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia kerana masalah kemiskinan. Kini, selepas 50 tahun walaupun terdapatnya rakyat yang masih daif dan miskin seperti pasangan warga emas tersebut, namun kadar kemiskinan rakyat Sabah telah menurun ke paras 8 peratus.

Berkaitan dengan penemuan warga emas yang daif dan miskin itu adalah agak musykil kerana mengapa sanak-saudara kedua pasangan itu tidak ambil peduli? Ini kerana jika diambil perhatian, maka kerajaan mempunyai berbagai kaedah untuk membantu rakyat seumpama itu termasuk meletakkan mereka di rumah orang-orang tua.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook