Latest News

Thursday 18 February 2016

JPN Telah WUJUD Sebaik Sahaja MERDEKA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JPN jabatan pengkhianat negara... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) telah wujud sebaik sahaja negara telah merdeka. Jabatan itu merupakan agensi kerajaan yang mengurus penduduk dalam negara. Para petugasnya merupakan kakitangan awam dan bebas politik. 

Mengaitkan jabatan itu dengan UMNO-BN tidak munasabah sama sekali kerana jabatan itu wujud di semua negeri dan bukan di Sabah sahaja.

Mempalsukan kad pengenalan bukan polisi jabatan tersebut akan tetapi perbuatan itu dilakukan pihak-pihak dalam jabatan yang berunsur kewangan. Seperti juga klon kenderaan yang sedang pesat diburu oleh Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana perbuatan pihak-pihak tertentu dalam jabatan itu yang bermotifkan kewangan, maka berlakulah kerja-kerja mengklon kereta.

Setiap individu atau rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab memeriksa kad pengenalannya sama ada apakah dipalsukan atau tidak. Bagi kad pengenalan yang diklon, jika kad yang dipalsu itu telah mendaftar di satu pusat Daerah Mengundi (DM) dan di situlah nama itu didapati. Namun, jika diklon dan individu yang klon itu mendaftar sebagai pengundi, maka secara automatik nama itu akan ke DM asal. Oleh kerana pendaftaran pengundi hanya mengguna pakai nombor dan bukannya paras rupa, jika berlaku demikian adakah boleh dalam satu DM akan berlaku lebih daripada satu individu mengundi pada masa yang sama dengan menggunakan senarai daftar yang sama? Ini kerana semasa membuang undi, senarai daftar undi bukan sahaja disemak oleh SPR, malah oleh agen-agen parti yang bertanding. Ini bererti dakwaan bahawa klon kad pengenalan tidak akan dapat mengundi.

Kad pengenalan klon sebenarnya tiada tujuan politik. Mereka yang mempunyai kad pengenalan itu, hanya bertujuan untuk tinggal di negara ini dan berniaga di sini. Juga, pemilik kad pengenalan klon itu biasanya tidak akan membuka akaun bank atau berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan kerana tujuan mereka mendapatkan kad itu hanya semata-mata mengelak untuk ditangkap jika berlaku “road-block” atau seumpamanya. Namun, pada masa ini PDRM, JPJ atau Jabatan Imigresen atau pihak bank telah dilengkapkan dengan pembaca maklumat yang dihubungkan dengan JPN di mana setiap kad pengenalan yang terdapat pada sistem JPN, apabila dimasukkan ke dalam “meter reader” akan memaparkan gambar pemilik selain nombor kad pengenalannya. Maka, dengan sebab itu, pemilik kad pengenalan klon dan pemilik asal kad biasanya akan ditangkap dan dirujukkan kepada JPN. Di JPN seterusnya pula akan dipastikan siapa pemilik asal kad pengenalan itu.

Kemungkinan sebelum sistem komputer SPR dikemaskini dan belum wujudnya sistem “on-line”, mungkin saja pemilik kad pengenalan klon mendaftar sebagai pengundi di DM yang lain. Tetapi pada masa ini ianya tidak boleh berlaku lagi kerana daftar pengundi sudah wujud melalui talian. Satu nombor kad pengenalan tidak mungkin terdaftar di dua (2) tempat yang berbeza.

Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dikendalikan oleh manusia. Dalam sekian ramai kakitangan ada yang bertindak sebagai pengkhianat hanya kerana habuan kewangan. Menurut cerita kedai kopi, setiap kad pengenalan klon boleh mengaut harga sehingga RM20 ribu dan target mereka adalah para peniaga atau mereka yang mahu tinggal di negara ini atas urusan cari makan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook