Latest News

Tuesday 16 February 2016

Kawasan Hutan Sabah Bertambah Sejak Tahun 2002

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PANAS! Kekayaan Musa Aman Kini RM1.5 Bilion... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot) (screenshot)

SEBAGAI rekod keluasan hutan Sabah pada tahun 2002 hanya 838,132 hektar. 11 tahun kemudian, keluasan meningkat  kepada 1,350,574 hektar. Ertinya, keluasan hutan telah bertambah sebanyak 512,442 hektar atau 61 peratus.

Jika dakwaan bahawa pembalakan berleluasa semasa Datuk Seri Musa Aman menjadi ketua menteri, bagaimanakah keluasan hutan bertambah? Hanya orang tolol sahaja yang percaya bahawa pembalakan berleluasa semasa pemerintahan Musa. Renung-renungkan!

Tahukah anda bahawa kerajaan negeri pimpinan Musa sanggup membayar RM1 juta kepada pemilik konsesi kayu balak yang belum tamat tempoh di mana konsesi itu diberikan sebelum Musa dilantik sebagai ketua menteri agar syarikat-syarikat itu menggunakan piawaian antarabangsa dalam proses pembalakan mereka. 

Tahukah anda atas keputusan Musa, maka keluasan hutan Sabah akan ditingkat kepada 2,2086,000 hektar pada tahun 2025. Sebagai perbandingan, keluasan Sabah adalah 7,362 juta hektar. Dengan target keluasan hutan pada tahun 2025, maka tanah Sabah diliputi 30 peratus sebagai hutan simpanan negeri.

Jika dakwaan bahawa Musa rakus dalam pembalakan, bagaimanakah keluasan hutan Sabah meningkat?

Dakwaan dongeng daripada pihak yang tidak bertanggungjawab merupakan dakwaan menempelak muka sendiri kerana dakwaan mereka itu tidak sesuai dengan fakta sebenar.

Berkaitan dengan kekayaan Musa yang dikatakan bernilai RM1.5 bilion, angka itu boleh benar, boleh tidak. Boleh dikatakan benar jika sebelum beliau mengangkat sumpah, maka mempunyai simpanan RM500 juta dan bayangkan selama 11 tahun. Berapakah sudah jumlah wang itu? Katakanlah wang itu disimpan melalui kaunter unit amanah dengan pulangan 10 peratus setahun. Sila tekan kalkulator dan berapa jumlahnya? Sudah tentulah menghampiri RM1.5 bilion. Ertinya, dengan wang simpanan yang ada kekayaan Musa sudah mencapai RM1.5 bilion dan itupun belum termasuk gaji beliau sebagai ketua menteri, menteri kewangan dan ADUN.

Cerita berkaitan dengan wang RM40 juta, semua pihak berkuasa sudah menjelaskan dengan jelas status wang tersebut. Siapa anda untuk mempertikainya?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook