Latest News

Thursday 18 February 2016

Kos Fotokopi dan Pengesahan 'GERAN TANAH' Di Jabatan Tanah Kota Marudu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kota Marudu, daerah termiskin di SABAH... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Kota Marudu, daerah termiskin di SABAH … Oleh FB Page SSKM (screenshot)

ADA dua (2) cara meminta pengesahan geran tanah. Pertama, seseorang itu mempuyai geran asli dan membawa sendiri fotokopi geran itu ke Jabatan Tanah dan Ukur (Kota Marudu) bagi maksud pengesahan dan melalui cara ini adalah percuma. Cara kedua iaitu seseorang yang mengaku pemilik geran tetapi tidak dapat menunjukkan geran dan meminta jabatan mencari geran tersebut dan pada masa yang sama meminta salinan geran yang disahkan. Jika sesebuah jabatan itu ada mesin pendua warna (mesin fotokopi), maka biasanya dikenakan bayaran RM15 setiap satu geran dan resit diberikan. Manakala pengesahan adalah percuma namun jika sesebuah pejabat itu tidak ada kemudahan mesin pendua warna atau rosak, maka perkhidmatan mesin dari pihak luar diperlukan. Memang terdapat perkhidmatan swasta dibenarkan beroperasi di beberapa jabatan kerajaan dan biasanya perkhidmatan swasta lebih mahal berbanding yang dikenakan oleh jabatan kerajaan.

Jika pendua dilakukan oleh swasta, maka tiada kepastian resit dikeluarkan.  Besar kemungkinan jika benar ada berlaku di Jabatan Tanah Kota Marudu bahawa ada individu pemilik geran tanah dicaj sehingga RM50, maka ada kemungkinan benar ekoran geran tanah yang memerlukan kertas khas bersaiz A3 atau saiz yang lebih besar serta ketebalan yang tertentu. Pihak pemilik mesin pendua warna biasanya mencaj RM10 sekeping. Caj seumpama ini atas sebab jarang pengguna meminta saiz kertas seperti itu selain sedikitnya permintaan.

Bagaimanakah Doris Jones boleh menuduh yaang ianya berunsur rasuah? Sedangkan, permintaan seumpama itu jarang-jarang berlaku! Janganlah hanya kerana kes seorang yang melibatkan penyokong Doris Jones, jika benar dakwaan itu maka nama Jabatan Tanah Kota Marudu diburukkan. Sebenarnya, Doris Jones berniat jahat kerana dalam dakwaanya tidak menyebut siapa pemilik geran itu dan bila kejadian itu berlaku? Benar, bukan?

Doris Jones merupakan penabur fitnah dan pembohong! Sejak sekian lama semua dakwaan pelarian itu hampir kesemunya yang tidak benar melainkan semuanya auta. Doris Jones suka berbohong dan membuat fitnah kerana dia tahu yang dia tidak dapat ditangkap atau didakwa atas pembohongannya itu dan juga dia enggan pulang ke Malaysia. Dia gunakan status pelariannya di UK untuk membuat berbagai dakwaan palsu dan fitnah hanya semata-mata posting-postingnya ramai yang akan “like” atau “comments” untuk ditunjukkan kepada penajanya bahawa dia masih mempunyai peminat atau penyokong. Oleh sebab itu, sesiapa yang menekan like dan komen telah membantu Doris mendapatkan upahnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook