Latest News

Monday 15 February 2016

LAGI CERITA Buruh Bangladesh

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman... Oleh FB Micheal Peter Goviind (screenshot)
(ii) Kalau ini terjadi Tidak guna punya Ketua Menteri Sabah Musa Aman... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

SUDAH dinyatakan dari awal-awal lagi bahawa buruh daripada Bangladesh hanya untuk para majikan di Semenanjung dan bukannya untuk negeri Sabah dan Sarawak. Lagipun, permintaan buruh daripada Bangladesh merupakan cadangan beberapa syarikat besar di Semenanjung.

Jumlah buruh daripada Bangladesh yang dikatakan seramai 1.5 juta itu, hanya anggaran yang diberikan oleh kerajaan Bangladesh dan bukannya sejumlah itu yang bakal dibawa masuk. Keperluaan buruh sangat bergantung kepada permintaan syarikat-syarikat yang memerlukan. 

Industri pembinaan dan peladangan serta tanaman di Semenanjung memerlukan buruh yang sangat ramai iaitu berlegar-legar di atas 6 juta. Buruh Bangladesh sejumlah 1.5 juta hanya merupakan tambahan kepada buruh-buruh yang telah ada kerana ramai para buruh tidak mempunyai dokumen yang sah. Untuk tidak membantutkan urusan para syarikat-syarikat itu, maka mereka memerlukan buruh yang berdokumen meskipun perlu membayar lebih untuk menanggung kos penerbangan dan kos-kos lain.
  
Bayangkan melalui kedatangan buruh daripada Bangladesh seramai 1.5 juta adalah diperlukan 3,750 penerbangan Boeing 777 dengan kos tambang RM675 juta serta lebih RM3 bilion satu kos yang amat besar. Oleh kerana ianya keperluan mustahak, maka syarikat-syarikat tersebut terpaksa menanggungnya.

Pembangunan yang memerlukan buruh kasar memang sukar mendapat tenaga kerja tempatan kerana sifat pemilihan kerja dan gaji yang kecil.  Di Sabah dan Sarawak pula, rakyat tempatan masih mahu bekerja bagi pekerjaan yang bersifat tetap, bukannya 'off and go'. Bekerja sebagai buruh adalah pekerjaan yang sangat bergantung kepada volume pekerjaan dan bukan bersifat tetap. Oleh sebab itu, tidak mendapat sambutan daripada tenaga kerja tempatan selain sifat pekerjaan ini yang tidak digemari oleh penduduk tempatan berikutan bekerja dalam keadaan yang kotor dan bahaya menjadi punca utama pekerjaan ini tidak menjadi pilihan utama sebagai kerjaya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook