Latest News

Friday 12 February 2016

LAGI Dakwaan Lapuk Daripada Tulun Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PENINDASAN DAN PENGKHIANATAN OLEH KERAJAAN MALAYA KPD SABAH Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MELIHAT kepada keadaan hari ini, semua dakwaan Tulun Sabah itu telah menjadi sejarah selain tiada kebenaran mengenainya.

Dakwaan itu hanya kerana Tulun Sabah langsung tidak terlibat dengan pemerintahan. Dakwaan seumpama ini hanya dibuat oleh mereka yang tidak berpengetahuan dan hanya ikut-ikutan.

Dilihat daripada senarai yang dikemukan itu, sebenarnya tiada asas langsung jika dibandingkan dengan fakta. Dakwaan seumpama itu, hanya rekaan semata-mata untuk tujuan menghasut!

Perkembangan internet menyebabkan orang seperti Tulun Sabah menyemarakkan pemalsuan fakta. Inilah masalahnya kalau individu seperti Tulun Sabah jarang membaca dokumen-dokumen yang sahih hanya bersandarkan kepada maklumat internet yang tidak benar. Ini benar!

Cubalah individu seperti Tulun Sabah melihat di sekeliling dirinya, benarkah seperti yang disenaraikan itu berlaku? Jika Tulun Sabah rajin-rajin melawat agensi-agensi kerajaan, pasti akan menjawab semua persoalannya itu dan akan terkejut beruk bahawa semua dakwaan itu tidak benar belaka!

Janganlah terperuk dengan maklumat internet kalau ada maksud melihat kebenaran, maka rajin-rajinlah menyiasat dan membuat kajian sendiri. Jangan memperhambakan diri dengan maklumat internet atau tutur kata orang yang langsung tidak telibat dengan pemerintahan.

Kalau Tulun Sabah pernah bersekolah, pasti akan mengetahui perkara sebenar dan tidak akan mendakwa seperti yang dia senaraikan.

Jika Tulun Sabah mampu berfikir mengapa setiap pilihan raya, majoriti rakyat Sabah memilih kerajaan yang memerintah walaupun dakwaan-dakwaan karut masih dilontarkan oleh parti pembangkang? Sebabnya, rakyat majoriti dapat menilai sendiri bahawa dakwaan-dakwaan itu tidak betul.

Oleh sebab itu, individu seperti Tulun Sabah janganlah terlalu hanyut dengan fantasi dan dakwaan-dakwaan tidak benar!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook