Latest News

Saturday 13 February 2016

LAWATAN MENTERI TAN SRI Joseph Kurup

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) projek janji ditepati (tatap BN)... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Buduh punya kurup!... Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO sabah (screenshot)

BIASANYA, jika menteri melawat apatah lagi menyatakan maksud lawatan itu, maka dengan sendirinya lawatan itu memaklumkan rakyat bahawa janji-janji yang telah dijanjikan telah ditunaikan. Oleh kerana janji-janji telah ditunaikan, maka pihak membangkang yang mendakwa sebelum itu bahawa janji-janji itu tidak tertunai dan akhirnya malu sendiri seperti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Mereka yang membuat dakwaan bahawa kerajaan hanya tahu berjanji sebenarnya memakan diri sendiri. Ini kerana sememangnya pembangkang yang hanya tahu membuat janji akan tetapi tidak akan mampu memenuhi janji kerana mereka itu tiada kemampuan.

Namun, adalah pantang pembangkang apabila kerajaan membina kemudahan-kemudahan untuk keperluan rakyat. Mereka merasa gusar dan bimbang apabila pembangunan menyentuh rakyat kerana melalui tindakan kerajaan itu, maka mereka (pembangkang) tiada modal lagi menipu rakyat untuk mendapatkan sokongan.

Cuba perhatikan kempen pembangkang sejak dahulu, dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya, hampir kesemuanya tiada yang tertunaikan. Malah,  mereka yang terpengaruh dengan tipu helah pembangkang akhirnya rugi sendiri. Sebagai contoh, bagaimana rakyat yang tertipu dengan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli daripada PKR berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji (TH), akhirnya para penyimpan yang terpengaruh telah rugi sendiri. Rugi apabila tidak mendapat bayaran dividen dan rugi tidak mendapat giliran untuk menunaikan haji.

Demikian juga rakyat yang memilih pembangkang pada pilihan raya yang lalu, akhirnya merana selama 5 tahun kerana mereka tidak mendapat pembelaan daripada wakil rakyat mereka. Oleh sebab itu, kepada rakyat yang memerlukan pembelaan dan pembangunan, janganlah terpengaruh dengan tipu helah pembangkang kerana menuruti mereka, anda-anda semua akan rugi!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook