Latest News

Friday 12 February 2016

MAKNA SEBUAH MEJA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAKSI BISU PERJANJIAN MALAYSIA'1963... Oleh FB Leo De Onel (screenshot)

AGAK melucukan apabila sebuah meja pun menjadi bahan perjuangan. Benarlah, meja itu menjadi wadah semasa mengisytiharkan kemerdekaan tahun 1963. Namanya juga meja, walaupun kononnya diperbuat daripada perak atau emas, ianya tidak boleh membawa apa-apa makna.

Dikatakan meja itu merupakan hadiah daripada Ratu Elizabeth. Adakah hanya meja yang menjadi pengganti berbanding harta Sabah yang diangkut ke England? Fikir-fikirkan!

Sebelum Sabah menyertai Persekutuan Malaysia, kadar kemiskinan di atas 70 peratus. Kemudahan asas rakyat seperti jalan raya, rumah-rumah sakit mahupun sekolah-sekolah semuanya dalam keadaan daif. Meskipun Sabah telah menjadi jajahan bermula tahun 1881, cuba bayangkan lebih seabad harta karun Sabah diangkut ke England untuk memajukan negara penjajah.

Sabah menyertai Persekutuan Malaysia hanya bermula tahun 1963. Lihat bagaimana perubahan di Sabah!

Mengejar ketinggalan pembangunan selama lebih satu kurun bukanlah mudah. Pembangunan memerlukan sumber kewangan. Sumber kewangan hanya diperolehi melalui aktiviti ekonomi. Terlihat bagaimana Sabah di awal kemerdekaan, terpaksa menebang kayu-kayan semata-mata untuk mendapatkan dana wang. Hutan Sabah hampir gondol. Hanya bermula pada tahun 90-an apabila ada industri perladangan, pembuatan serta aktiviti ekonomi lain seperti pelancongan, maka Sabah berpeluang mendapatkan pendapatan untuk pembangunan. Benar bermula tahun 1974, industri minyak telah diperkenalkan. Namun, pendapatan daripada industri itu pada mulanya tidaklah sebanyak mana berbanding pendapatan melalui penebangan kayu.

Sabah yang dipimpin oleh rakyatnya sendiri berusaha untuk memajukan Sabah. Keadaan itu tidak sama apabila sewaktu zaman penjajahan di mana rakyat Sabah tiada peranan langsung kecuali sebagai kuli/penjaga atau kerani.

Pengisian kemerdekaan hanya benar-benar terasa menjelang tahun 2000 apabila Sabah boleh membentangkan bajet yang agak besar dan kemuncaknya pada tahun 2012 apabila Bajet Sabah julung kalinya melepasi RM4 bilion.

Mereka yang mengagungkan zaman penjajahan sebenarnya mereka yang tidak mengalami keadaan itu. Mereka hanya menilai keadaan apa yang mereka lihat pada hari ini. Sebenarnya, mengenang zaman penjajahan adalah seuatu yang menyakitkan dan menyedihkan dan atas sebab itulah sesiapa yang mengenangnya adalah mereka yang simpati penderitaan generasi lama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook