Latest News

Tuesday 16 February 2016

MEMPERSOALKAN KENYATAAN MUSA "Graduan Sabah Dinasihat Jangan Pilih Kerja"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ada kerajaan Musa kasi sedia kerja ka... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) adalah program latihanuntuk para graduan yang dikemudikan oleh 40 syarikat swasta. Skim itu memberikan pengalaman kepada para graduan merasai bagaimana kondisi atau keadaan dan situasi bekerja yang sebenarnya.

Biasanya melalui program seumpama ini, para graduan didedahkan bagaimana melihat perjalanan sesebuah syarikat. Jika syarikat itu berkecimpung dalam pemasaran, maka para pelatih itu didedahkan bagaimana selok-belok dunia pemasaran. Demikian juga, jika syarikat itu berkecimpung dalam pembinaan, maka pelatih didedahkan kepada dunia pembinaan.

Tujuan latihan para graduan ini agar mereka mendapat pengalaman dan kemudiannya pengalaman itu digunakan untuk membuat keputusan sendiri seperti apa yang perlu diceburi untuk meneruskan kerjaya.

Biasanya selepas latihan, para graduan ini sebahagian besar akan diambil bekerja dengan syarikat di mana mereka disandarkan asalkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan tatacara kerja syarikat berkenaan.

Nama juga skim latihan graduan, tak pula mereka dilatih bagaimana hendak mencuci tandas! Pemikiran busuk daripada Tulun Sabah itu tidak senang dengan daya usaha kerajaan Sabah sehingga mampu mengadakan SL1M bagi graduan Sabah di mana peluang yang tersedia adalah sebanyak 3000 kekosongan. Tahukah Tulun Sabah bahawa program seumpama ini julung kali diadakan di negara ini pada tahun ini di mana Sabah merupakan perintis pertama. 

Nampak dengan jelas Tulun Sabah bagaikan seekor katak  di bawah tempurung. Malah, seperti manusia di zaman batu yang tidak berpengetahuan tetapi berlagak serba tahu.  Komen Tulun Sabah berkaitan SL1M yang menunjukkan bahawa pemilik akaun facebook yang menggunakan nama palsu itu adalah individu yang mengalami masalah mental dan identiti! Tindakannya hanya memalukan suku bangsa yang seolah-olah diwakilinya kerana suku bangsa itu tidaklah sebodoh seperti penggiat laman sosial itu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook