Latest News

Wednesday 10 February 2016

Musa SENANTIASA Mengambil Tahu Masalah Rakyat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA AMAN TIADA TELINGA... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

REKOD  menunjukkan sejak tahun 2003, kadar pembangunan serta kewangan Sabah terus melonjak! Sebagai catatan rekod, semasa Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, simpanan wang negeri hanya kecil iaitu di atas RM100 juta. Namun selepas itu, simpanan kewangan negeri terus bertambah dan kini belegar-legar di atas RM3 bilion!

Selain itu, bajet pembangunan Sabah hanya berlegar pada paras RM1 bilion sebelum tahun 2003. Selepas Musa menerajui kerajaan, bajet pembangunan Sabah bukan sahaja berlipat ganda, malah mencipta rekod! Untuk makluman pembaca, bajet Sabah kini adalah di atas RM3 bilion!

Teguran Ketua Menteri terhadap para pegawai daerah kerana didapati banyak dana pembangunan yang tidak direalisasikan ekoran kelambatan pelaksanaan. Malah, ada bajet daerah yang tidak dapat dibelanjakan sehingga kewangan terpaksa dikembalikan ke Perbendaharaan Malaysia Sabah. Kegagalan membelanjakan bajet yang telah diluluskan bukan sahaja membantut pembangunan, tetapi juga merugikan rakyat.

Pemilik facebook itu merupakan kenyataan daripada seorang pembangkang yang hanya tahu membangkang, membuat fitnah serta memburukkan kerajaan! Ini kerana memang kerja mereka adalah sedemikian. Otak pembangkang tidak pernah mengakui kebaikan kerajaan atau tidak pernah mengaku tindakan-tindakan kerajaan bagi membela rakyat.

Adalah menjadi kegusaran pembangkang apabila kerajaan membela rakyat melalui pembinaan berbagai kemudahan kerana mereka akan kehilangan modal untuk mengutuk atau membidas kerajaan.

Pembangkang sebenarnya mahu kerajaan jangan membela rakyat serta membiarkan rakyat dalam keadaan mundur.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook