TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Betul kah ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) maksudnya orang Semporna juga bodohkah.... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
LAMAN facebook Remove Musa Remove UMNO Sabah itu menganggap orang lain bodoh tidak tahu mendengar, tidak tahu menilai dan tidak tahu membuat keputusan.
Jelas sekali Dato' Seri Nazri Aziz hanya bercakap soal Datuk Seri Shafie Apdal yang mendakwa Menteri Pelancongan itu memanggil Mantan Timbalan Perdana Menteri sebagai 'anjing'. Inilah masalahnya jika menyempitkan akal seseorang yang bercakap menggunakan andaian yang tidak difahami dalam konteks andaian. Peribahasa seperti anjing menyalak yang dirujukkan kepada seseorang yang tiada kedudukan atau status sosial atau merit mahu menjatuhkan seseorang yang berstatus, berpangkat dan berkuasa. Jika pemahaman sempit digunakan, maka seseorang itu dirujuk sebagai 'anjing' sedangkan bukanlah sedemikian.
Dato' Seri Nazri Aziz mengulas kenyataan-kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO bahawa tindakan-tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menganggu gerak kerja parti, umpamanya "anjing menggigit kaki" yang membawa erti gerak kerja terganggu!!! Perumpamaan itu bukan merujuk kepada sosok tubuh manusia tetapi adalah satu ekspresi yang tegas yang bersifat marah kepada perbuatan si pengganggu atau pengacau.
Jika benar merasa marah kepada seseorang, janganlah menyempit fikiran dan minda. Ini kerana perbuatan atau tindakan itu boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan bodoh! Tepat apa yang Dato' Seri Nazri Aziz katakan bahawa Datuk Seri Shafie Apdal itu bodoh dan atas kebodohan itu, maka telah menjustifikasikan mengapa dipecat daripada Kabinet Persekutuan.
Berasaskan kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz itu, maka page tersebut menghubungkaitkan dengan penduduk Semporna. Wow! Apa kena-mengena dengan penduduk Semporna pula? Apakah penduduk Semporna itu semuanya Datuk Seri Shafie Apdal? Maka, janganlah berlagak 'pintar-pintar bodoh' kerana nantinya melekat pada diri sendiri kebodohan itu.
0 comments:
Post a Comment