Latest News

Tuesday 2 February 2016

PATI Dijadikan Buruh Berdokumen

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SANDAKAN, 31 JAN: Pengerusi DAP Sabah... Oleh Jaymie Jaymie (screenshot)

APA yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri adalah PATI yang berada di Semenanjung dan bukannya di Sabah.

Semenanjung terpaksa membawa masuk 1.5 juta buruh Bangladesh bagi sektor peladangan dan pembinaan di Semenanjung. Sedangkan, diperkirakan keseluruhannya adalah hampir mencecah 6 juta PATI di wilayah itu.

Jika di Sabah, PATI hanya berlegar-legar pada rakyat Filipina dan Indonesia serta sedikit daripada Pakistan. Manakala Semenanjung berdepan dengan PATI daripada Indonesia, Vietnam, Bangladesh, India, Paksitan, Myanmar, Laos malah dari China serta Filipina.

Adalah lebih baik memberi dokumen dan permit kerja kepada para PATI ini kerana mereka ini juga pada asalnya merupakan buruh yang datang menggunakan dokumen yang sah. Namun, selepas tempoh dan permit mereka luput, mereka tidak dapat kembali ke negara asal kerana telah merasa selesa tinggal di negara ini. Sebagai tambahan, mereka-mereka itu mempunyai majikan yang sanggup melindungi dan memberi mereka pekerjaan.

Salah satu penyebab kepada berleluasanya PATI adalah levi yang dikenakan oleh kerajaan melalui tenaga buruh yang mempunyai permit dan dokumen yang sah. Oleh kerana para majikan enggan membayar levi, maka mereka sengaja membiarkan  permit atau dokumen pekerja mereka luput, supaya menjadi PATI dan senang diekploitasikan.

Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (MOHA) melihat faktor Levi dan tindakan majikan mengaut untung daripada buruh asing merupakan sebahagian penyebab betumbuhnya PATI dengan pesat.

Kerajaan serba salah jika membiarkan PATI kerana ianya boleh mengancam keselamatan negara. Memburu, menangkap dan menghantar pulang akhirnya hanya membanjirkan kerana mereka yang dihantar pulang, seminggu kemudian kembali lagi apabila terlalu banyaknya saluran nyamuk serta sindiket yang menjadi penaja kepada mereka-mereka ini iaitu antara lain melalui perdagangan manusia.

Oleh sebab itu, adalah lebih baik memberi mereka permit dan dokumen agar mudah untuk dikawal. Selain itu, para majikan boleh membayar Levi. Ini lebih menguntungkan kepada kerajaan memberi dokumen yang sah berbanding kos operasi menangkap, memburu dan menghantar pulang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook