Latest News

Monday 1 February 2016

PELIK TAPI BENAR: Mengapa Darell Leiking Memperbodohkan Dirinya?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) CI pun tidak dibentang di Parlimen dan Teknikal committee tindakan laporan RCI pun Gagal untuk melaksanakan kerja mereka... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

MASALAH PATI bukan sahaja didepani Sabah malah di Semenanjung yang lebih parah. PATI di Sabah hanya berlegar-legar daripada warga Filipina dan Indonesia serta minoriti Pakistan. Manakala di Semenanjung selain daripada warga Filipina dan Indonesia, juga daripada Myanmar, Bangladesh, Thailand, India, Kemboja, Vietnam, Laos dan Pakistan serta negara-negara Afrika.

Di Semenanjung terpaksa membawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh untuk bekerja di sektor peladangan dan pembinaan. Sedangkan lebih 2 juta PATI masih berkeliaran. Oleh sebab itu, jika dibandingkan dengan memburu mereka untuk dihantar pulang dan ditempatkan di penempatan sementara adalah lebih baik memberi mereka dokumen kerana sebelum mereka menjadi PATI, mereka ini juga merupakan buruh yang dimport hanya kerana dokumen mereka telah luput tempoh dan tidak pulang ke negara asal, maka akhirnya menjadikan mereka sebagai golongan PATI.

Di Sabah, modus operandi PATI juga hampir sama walaupun ianya disalahgunakan dengan menjemput masuk keluarga yang tidak mempunyai dokumen sah bagi kemasukan secara haram.

Mengapakah mereka yang masuk secara haram itu masih boleh berada di Sabah? KERANA terdapatnya orang tempatan atau pegawai-pegawai kerajaan yang tidak amanah sehingga terpengaruh dengan tarikan wang daripada sindiket haram

Kerap kali rakyat tempatan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman kerana menjadi pelindungi kepada PATI. Selain itu, ramai juga pengawai kerajaan yang ditangkap kerana mempergunakan kedudukan mereka bagi melepaskan PATI agar supaya boleh terus menetap di Sabah.

Kepada Darell Leking, atas cara apa lagi dengan mencetus atau memberi data kepada PATI jika tidak melalui pemberian dokumen? Dengan dokumen yang diberikan, selain pendataan dapat dilakukan juga mudah untuk kawalan. Selain itu, kaedah ini secara langsung mengnyahkan sindiket pemalsuan serta menghindar agar supaya tidak ada lagi kakitangan kerajaan menyalahgunakan kuasa kerana polisi kerajaan adalah memberikan dokumen yang sah.

Dalam kedudukan begini, tindakan memberikan dokumen yang sah adalah tindakan tepat agar membuatkan mereka bertindak seperti manusia biasa dengan menghindarkan kerja-kerja jenayah. Memberi mereka dokumen bukan menuju kepada pemberian kewarganegaraan kerana proses pemberian kerakyatan memerlukan proses yang sangat lama dan berliku memandangkan pensyaratan yang diperlukan adalah sangat ketat. Sebagai misalnya, negara United Arab Emirate (UAE) bertindak memberikan dokumen yang sah kepada warga asing walaupun jumlah warga asing di negara itu melebihi penduduk negara itu. Tujuannya adalah agar negara itu mendapat tenaga buruh yang berterusan dan tidak menghalang proses pembangunan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook