Latest News

Tuesday 23 February 2016

Pemimpin Sarawak Perlu Berteriak Jika Memohon Sesuatu, "Manakala Pemimpin Sabah Hanya Perlu Berbisik!" - Tan Sri Adenan Satem

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ah masuk UMNO lagi, sudah lah... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) Nah masuk UMNO lagi, sudah lah ketulahan dengan ... Oleh FB Haji Julaiha Haji Suut (screenshot)

PEMBANGKANG kerap memetik setiap ucapan pemimpin kerajaan di luar konteks. Petikan kata-kata yang diviralkan itu, sebenarnya hanya sebahagian kecil daripada alasan mengapa Tan Sri Adenan Satem tidak mahu UMNO mengembangkan sayapnya di Sarawak.

Semasa memberi justifikasi mengapa UMNO tidak perlu mengembangkan sayapnya ke Sarawak? Tajuk tulisan ini merupakan sebahagian daripada justifikasi itu sendiri. Persoalannya, mengapa Zainal Ajamain tidak memetiknya? Mengapa memetik seperti mana dia tulis? Sebabnya, sebagai pemimpin pembangkang maka diketengahkan sesuatu kenyataan yang negatif agar kenyataan itu dapat menarik sokongan rakyat kepada mereka dan pada masa yang sama membenci pemimpin kerajaan dan seterusnya menolaknya. Benar, bukan?

Sebenarnya, saudara Zainal Ajamain tahu bahawa kemasukan UMNO ke Sabah bukan hanya kehendak seorang pemimpin akan tetapi kehendak rakyat majoriti.

Terlihat sangat bagaimana kurang bijaknya Zainal Ajamain kerana cuba menyembunyikan fakta berkaitan UMNO dan YAB Datuk Seri Musa Aman.

Parti UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990 walaupun secara rasminya pada tahun 1991. Semasa mengembangkan sayap ke Sabah, Sabah diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS). Jika sekiranya Zainal Ajamain menganggap bahawa Datuk Seri Musa Aman adalah badut hanya kerana tidak serentak dengan pendirian Tan Sri Adenan Satem, maka kenyataan itu sebenarnya merujuk kepada rakyat Sabah. Oleh sebab rakyatlah yang meminta agar supaya parti UMNO mengembangkan sayap ke Sabah.

Zainal Ajamain cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan pendek itu tanpa merujuk kepada perkara yang sebenar mengapa UMNO masuk ke Sabah dan pemimpin parti itu menjadi pemimpin utama negeri. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook