TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) PATI dapat layanan istimewa...ngam TERBAIK... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
JANGAN persalahkan kerajaan, kerana memberi kebenaran kepada majikan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berstatus PATI.
Sejak sekian lama, masalah yang didepani kerajaan berkaitan PATI adalah kerana ada segelintir majikan (rakyat tempatan) yang melindungi mereka. Oleh sebab itu, di antara PATI dan kerajaan semacam kucing-kucingan kerana ada rakyat tempatan yang sanggup melindungi mereka.
Melalui keputusan memberikan dokumen yang sah kepada para PATI, maka kerajaan dapat memantau pergerakan mereka di samping majikan juga dapat membayar levi kepada kerajaan.
Mereka yang mengkritik keputusan kerajaan itu sebenarnya rakyat biasa yang tidak memahami masalah yang didepani kerajaan berkaitan PATI.
Kini, atas permintaan para majikan, maka setidak-tidaknya kerajaan dapat menyimpan kesemua senarai maklumat PATI agar memudahkan kerajaan melakukan pemantauan.
Di negara ini, dianggarkan terdapatnya lebih 4 juta PATI. Melalui pemberian dokumen yang sah, maka kerajaan dapat mengetahui jumlah terkini yang sebenar.
Kelonggaran membenarkan PATI memohon secara talian hanya meliputi majikan di Semenanjung. Manakala untuk Sabah dan Sarawak akan dikendalikan secara berasingan oleh dua (2) buah negeri berkenaan.
Kerajaan dalam memutuskan kelonggaran berkaitan PATI adalah atas permintaan majikan-majikan di Malaysia. Atas permintaan para majikan juga, kerajaan terpaksa membawa masuk 1.5 juta buruh daripada warga Bangladesh.
Sejak sekian lama, Malaysia berdepan dengan tenaga buruh kerana majoriti rakyat Malaysia enggan bekerja di sektor perburuhan. Mereka yang mempersoalkan keperluan tenaga buruh dan mengaitkannya dengan politik, sebenarnya mereka yang tidak tahu pangkal duduk kedudukan sebenar.
Warga asing tidak mungkin menjadi pengundi kerana pengundi terdiri daripada rakyat Malaysia sahaja. Bagi mereka yang pernah memohon kerakyatan, sudah tentu merasai bagaimana sukarnya menjadi warganegara.
Berkaitan dengan kad pengenalan palsu yang dikaitkan dengan rakyat asing, namanya juga kad pengenalan palsu ianya tidak memberi impak kepada daftar pengundi berikutan kad pengenalan palsu tidak mungkin boleh mendaftar sebagai pengundi. Hanya warganegara sahaja yang boleh mendaftar sebagai pengundi iaitu kad pengenalan seseorang itu yang perlu berada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Para individu yang mendakwa bahawa ada pemegang kad pengenalan palsu pernah menjadi pengundi. Itu hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana sejak sekian lama, seorangpun belum pernah mereka buktikan sebagai seorang pengundi. Sekiranya adapun di mana yang diviralkan di media sosial adalah palsu. Ini kerana maklumat yang diviralkan itu apabila telah diperiksa ke dalam sistem JPN, ternyata tiada rekod yang ditemui!
0 comments:
Post a Comment