Latest News

Monday 29 February 2016

PENGGANTUNGAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DARIPADA JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Orang Melayu dari Sabah bersuara... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

KENYATAAN Ketua Bahagian UMNO Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkaitan penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Jawatan Timbalan Presiden parti merupakan ulasan berhubungan dengan keputusan  Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti.

AMT merupakan badan tertinggi parti di mana majlis itu hanya bertindak sesuai dengan perlembagaan parti.

Apabila sesuatu tindakan dijalankan oleh AMT sudah memberi makna bahawa ianya bukan tindakan persendirian akan tetapi secara kolektif.

Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung daripada menjalankan tugas Timbalan Presiden parti disebabkan beliau tidak menjalankan tugas Timbalan Presiden seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan UMNO. Sebaliknya, bertindak bercanggah dengan apa yang digariskan dalam perlembagaan itu sendiri.

Tugas Timbalan Presiden parti adalah membantu Presiden parti bukan menyerang Presiden. AMT parti tidak menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kapasitinya sebagai individu atau ahli UMNO kerana mantan Timbalan Perdana Menteri itu masih merupakan ahli UMNO dan Ketua Bahagian UMNO Pagoh, Johor. Apa yang digantung adalah jawatannya sebagai Timbalan Presiden sahaja. Jawatan Timbalan Presiden parti kini dipangku sementara oleh Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi sehingga pemilihan akan datang.

Parti perlu bergerak ke hadapan termasuk membuat keputusan drastik termasuklah penggantungan jawatan seseorang invidu. Memang benar Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih oleh ahli UMNO pada jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan lalu hanya kerana para ahli-ahli lain termasuk dari pucuk pimpinan menganggap beliau boleh membantu memperkuatkan parti. Sekali air bah, sekali pasir berubah! Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Oleh kerana terpengaruh guruh di langit, maka air di tempayan pun ditumpahkan dan akhirnya kawan perjuangan menjadi lawan pula!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook