Latest News

Monday 1 February 2016

Penjelasan Isu Infrastruktur Daerah Pitas ADUN N1 BANGGI

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Daerah Pitas atau pun Kawasan adun N1 Banggi... Oleh FB St Valendro (screenshot)

BENAR, setiap wakil rakyat mahukan kawasannya lengkap dengan kemudahan asas. Namun, sesebuah kampung itu juga perlu ada produktiviti yang memerlukan jalan sebagai 'kemudahan' mengangkut produk-produk tersebut. 

Kerajaan yang memerintah sebenarnya mahu membangunkan setiap kemudahan yang diperlukan rakyat. Namun, ekoran kerana kekangan kewangan, maka pembinaan kemudahan tersebut terpaksa menunggu lama.

Asas kepada pembinaan kemudahan bagi keperluan rakyat adalah kos berimbang di mana kemudahan yang dibangunkan itu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan. Ini bermakna aktiviti ekonomi boleh digerakkan melalui pembinaan kemudahan tersebut.

Memandangkan aktiviti seumpama itu masih belum terdapat di kampung tersebut, sedangkan di kawasan lain telah memenuhi kriteria pembinaan jalan. Maka, kampung-kampung yang memenuhi kriteria terlebih dahulu akan dibina jalan-jalan kampung.

Pembinaan jalan-jalan kampung di Sabah merupakan salah satu isu utama permasalahan dari dahulu lagi di mana tidak teraturnya perkampungan selain tidak ramainya jumlah penduduk sesebuah kampung. Biasanya, jika sesebuah kampung dihuni sekurang-kurang 1000 orang, maka jalan kampung akan dibina untuk memudahkan penduduk kampung mengangkut produk mereka selain kegunaan harian. Ini sudah tentunya penduduk seramai itu mempunyai jumlah yang cukup sehingga ada pihak yang memberi perkhidmatan pengangkutan. Namun, jika penduduk sesebuah kampung hanya sekitar 10 hingga 30 keluarga sahaja, maka tiada pihak yang sanggup memberikan perkhidmatan pengangkutan yang memerlukan jalan raya untuk dibina. Dengan kata lain, walaupun jalan kampung itu dibina, ianya akan rosak dengan sendirinya tanpa digunakan.

Terlihat benar di kawasan kampung tersebut di mana banyak sangat kawasan-kawasan lapang yang tidak diusahakan. Ertinya, penduduk kampung tersebut adalah terlalu sedikit bagi maksud pertumbuhan ekonomi. Kata orang, "di mana ada gula, di situ ada semut". Kemudahan untuk penduduk akan datang dengan sendirinya jika kampung yang dimaksudkan mempunyai pertumbuhan atau aktiviti ekonomi atau sesuatu produk untuk dipasarkan. Kepada pemilik facebook tersebut, cubalah pengaruhi penduduk kampung untuk bercucuk tanam seperti tanaman pisang, ubi keledek, jagung atau tanaman kontan lainnya akan pasti kemudahan seperti jalan akan menyusul untuk dibina. Hal ini kerana kerajaan tahu benar bagaimana menghargai penduduk yang rajin!

Dengan adanya aktiviti ekonomi kampung itu, maka secara logiknya mereka akan mempunyai wang untuk membeli kenderaan dan kerajaan akan membina jalan raya kerana ada penduduk yang mampu membayar cukai jalan. Sekiranya semua itu sifar, maka penduduk terpaksa menunggu kerana jalan kampung seumpama itu hanya dibina melalui peruntukan khas iaitu 'peruntukan one-off'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook