Latest News

Friday 19 February 2016

POLISI SABAH: Apa Yang Perlu Disedari? Berkaitan Buruh Bangladesh!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Polisi Kerajaan Sabah Tidak Bawa Masuk Pekerja Bangladesh Masih Diguna Pakai... Oleh FB Page 1SABAH (screenshot)
(ii) POLISI SABAH TIDAK BAWA MASUK PEKERJA BANGLADESH... Oleh FB Edward Stephen Stephen (screenshot)

BURUH Bangladesh belum sampai ke Sabah lagi. Belum pernah terdengar bahawa ada majikan memberikan pekerjaan kepada buruh Bangladesh. Demikian juga sejak sekian lama, belum pernah lagi terdengar ada Bangladesh yang tertangkap di Sabah.
  
Sejak sekian lama, Sabah sudah menguatkuasakan kedatangan warga asing yang datang untuk tujuan perburuhan. Pemberian permit  untuk tujuan buruh ditapis dengan ketat kerana Sabah sudah “saturated” dengan buruh asing yang khususnya daripada Indonesia dan Filipina. Buruh asing yang berada di Sabah semuanya berpunca awal tahun 70-an yang kini sudah merebak beranak cucu di Sabah dan mewariskan kerja buruh kepada generasi muda mereka.

Oleh kerana buruh asing yang ramai di sabah, maka kerajaan Sabah telah memutuskan dan tidak menerima sebarang buruh lagi kecuali buruh mahir daripada negara China, Indonesia dan Filipina. Akan tetapi  hal ini tidak  termasuk daripada buruh Bangladesh. Peladangan atau pembinaan di Sabah perlu menggunakan buruh yang telah ada termasuklah rakyat tempatan sendiri.

Di Sabah, buruh asing ada dua (2) kategori. Buruh asing yang berdokumen dan tidak berdokumen. Walaupun kerajaan bertungkus lumus menangkap mereka yang tidak berdokumen, namun atas sebab banyak majikan yang memberi kerja kepada mereka yakni merangkap melindungi mereka maka usaha kerajaan kurang berkesan.

Melalui operasi bersepadupun seperti di Telipok minggu lalu, ramai warga asing yang terlepas daripada diberkas dan ditangkap. Oleh kerana mereka sempat bersembunyi walaupun operasi itu sebenarnya operasi mengejut.

Oleh kerana jumlah buruh asing di Sabah diperkirakan mencecah angka 400 ribu orang, maka tiada keperluan membawa masuk buruh daripada Bangladesh. Perkara ini bukan sahaja hanya kenyataan para pemimpin akan tetapi sudah menjadi polisi kerajaan negeri.

Para majikan di Sabah sudah mengetahui polisi kerajaan itu. Dengan sebab itu, tidak timbul majikan mahu membawa masuk buruh Bangladesh!

Berkaitan dengan tulisan pemilik facebook itu yang kononnya merayu rakyat Sabah untuk sedar adalah satu pertanyaan, apakah yang sebenarnya perlu disedar? Kerajaan Sabah sudah lama sedar berkaitan kehadiran buruh asing khususnya yang tidak berdokumen sehingga menghabiskan wang jutaan ringgit untuk mengurus mereka.  Atas sebab kesedaran itulah, Kerajaan Sabah telah memutuskan lebih tiga (3) tahun lalu bahawa tiada lagi buruh asing di bawah masuk kecuali buruh mahir yang sukar didapati di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook