Latest News

Thursday 4 February 2016

PROJEK Pembinaan Infrastruktur Pedalaman Sabah Tidak Disenangi Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya screenshot sebab ADMIN UMNO pandai padam post.... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Semua kampung ada akses ke bandar menjelang 2020... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

MENGAPA pembangkang tidak suka kalau kerajaan membina infrastruktur seperti jalan raya? Sebabnya, mereka kehilangan bahan untuk meminta sokongan rakyat dan tiada lagi isu yang boleh dijadikan putar belit.

Sebenarnya, ada dua (2) fenomena berlaku pada rakyat. Jika sesuatu kawasan terlalu maju di mana masalah kemudahan asas bukan lagi menjadi isu dan  penduduk yang mendiami  kawasan itu biasanya tidak lagi peduli lagi pada kerajaan. Sebabnya, mereka tidak memerlukan pembelaan dan sebab itulah di kawasan-kawasan bandar di mana semua keperluan telah tersedia ada, pengundi lebih gemar mengundi pembangkang. Namun, pada kawasan luar bandar yang menjadi tumpuan kerajaan bagi menaik taraf kehidupan rakyat pedalamannya, pembangkang pula tidak gemar atau tidak suka kerana jika rakyat mendapat pembelaan oleh kerajaan akan sudah pasti pembangkang tidak ada peluang meminta sokongan.

Sebelum ini, bukan main lagi penyokong pembangkang mengupload dan menyebarkan berbagai gambar jalan raya di pedalaman yang belum dinaiktaraf di kesemua pelusuk media sosial. Wow!.. Sungguh prihatin! Tetapi kini, apabila kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memutuskan membina 44-km jalan raya untuk keperluan 9 buah kampung di kawasan Keningau, mereka pula memperlekehkannya. Ini sebabnya, mereka tidak lagi boleh mengecam kerajaan kerana berkaitan isu tidak membina jalan raya. Benar, bukan?

Pembangkang adalah jumud daripada segi pemikiran. Kalau kawasan tidak maju, maka mereka akan bising. Kalau kawasan maju, mereka tetap bising! Kerana kehilangan modal untuk mengelirukan rakyat.

Kecenderungan kerajaan membina jalan raya perhubungan, maka pada tahun 2020 semua perkampungan di Sabah mempunyai jalan akses ke bandar. Ertinya, jalan yang dibina adalah jalan bertar atau beraspal yang selesa.

Jikalaulah pembangkang ada sifat-sifat kemanusian dan sanggup menghargai orang lain, alangkah eloknya kalau mereka juga turut gembira kerana kerajaan membina keperluan asas rakyat dan pada masa yang sama turut mengucapkan terima kasih. Namanya juga pembangkang yang hanya tahu membangkang, akan tetapi tiada sebarang sumbangan kerana biasanya tin kosong itu cukup nyaring bunyinya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook