Latest News

Wednesday 3 February 2016

PROPAGANDA PARTI STAR MINTA SIMPATI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa calon dari pihak BN pada... Oleh BLOGGER Star Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

BERBUIH mulut para pemimpin STAR mempengaruhi rakyat Sabah untuk menyokong perjuangan Dr. Jeffrey Kitingan. Namun, hanya kerana kesilapan teknikal maka pengerusi STAR Sabah itu menang di DUN Bingkor pada PRU-13 yang lalu.

Di kawasan KDMR memang calon-calon parti itu mendapat undi. Akan tetapi belum cukup untuk menang majoriti. Malah, sebahagian besar calon-calon parti itu kehilangan wang pertaruhan!

Parti STAR, sebenarnya tiada masa depan bagi masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Sabah kerana perjuangan parti itu hanya tertumpu kepada kaum KDMR sahaja.

Pendekatan parti itu yang mahu kembali ke zaman batu iaitu pendekatan tertutup dan tidak mahu menerima kehadiran masyarakat lain yang merupakan faktor bagi mendorong penolakan parti itu di bumi Sabah.

Perjuangan Dr. Jeffrey Kitingan melalui parti STAR sebenarnya berasaskan ilusi dan khayalan dan bukan berpaksi kepada kenyataan. Cuba perhatikan kenyataan-kenyataan pengerusi STAR Sabah itu, semuanya berasaskan nostalgia masa lalu dan dia mahu membawa para pengikutnya kembali ke zaman silam!

Dr. Jeffrey Kitingan walaupun kononnya mempunyai kelulusan doktor falsafah, namun melalui kenyataannya yang tidak menggambarkan seseorang yang mempunyai kelulusan sedemikian. Kenyataan-kenyataannya seperti kebudak-budakan! Hanya mereka yang bersifat kebudak-budakan juga akan terpengaruh dengan perjuangannya.

Kepada para penyokong dan pencacai Dr. Jeffrey Kitingan, apapun propaganda anda, anda tidak akan mampu mempengaruhi majoriti rakyat Sabah kerana rakyat tahu apa sebenarnya niat Dr. Jeffrey Kitingan! Kuasa semata-mata!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook