Latest News

Monday 1 February 2016

RM40 JUTA ADALAH WANG PARTI BUKAN WANG MUSA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Si musa aman ada skandal RM40 juta... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) Tangkap Musa, selamatkan duit rakyat Sabah... Oleh Blog malaysianindian1 (screenshot)
(iii) Tangkap Musa, selamatkan duit rakyat Sabah... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

WANG RM40 juta yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sempena PRK Permatang Pauh tahun 2008 merupakan wang parti yang mahu digunakan semasa PRK tersebut. Malangnya, pihak kerajaan Hong Kong menahan wang tersebut dan menyebabkan jentera parti tidak berfungsi dengan baik kerana kekurangan dana.

Pihak kerajaan Hong Kong melalui Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah (ICAC) dan Pengubahan Wang Haram Negara itu telah menyiasat wang tersebut dan akhirnya memutuskan bahawa memang wang tersebut 'wang parti' di mana wang tersebut bukannya wang daripada individu. Oleh kerana wang tersebut wang parti, maka kerajaan Hong Kong akhirnya menyalurkan wang tersebut ke akaun parti UMNO Sabah. 

Datuk Seri Musa Aman yang dikaitkan dengan wang tersebut bukan sahaja dibersihkan oleh kerajaan Hong Kong, malah juga oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPRM. Selain itu, pembersihan nama Datuk Seri Musa Aman yang diumumkan melalui persidangan di Dewan Rakyat oleh Menteri berkenaan iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Julung kalinya seseorang pemimpin dibershkan namanya melalui persidangan Dewan Rakyat kerana apabila menteri yang mengumumkan itu berkata tidak benar, maka beliau berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib Dewan yang boleh bertindak menggantung kehadiran menteri berkenaan dalam sebarang sidang Dewan Rakyat.

Parti UMNO merupakan sebuah parti yang memerintah Sabah bersama dengan komponen BN lain. Parti sebesar itu sudah tentu mampu menggamit penumpang daripada ahli-ahli perniagaan kerana peniaga inginkan kestabilan politik dalam sesebuah negeri di tempat mana mereka melabur. Bagi sektor perniagaan, keamanan dan kestabilan politik amat diperlukan kerana hanya melalui keadaan itulah perniagaan mereka berjalan lancar dan terjamin.

Perlu diketahui bahawa sumbangan syarikat-syarikat perniagaan kepada parti-parti politik atau badan-badan NGO adalah bebas cukai. Ini bererti, syarikat-syarikat boleh memohon rebat dan sumbangan yang termasuk dalam Company Social Responsibility  (CSR).

Dakwaan yang kononnya wang RM40 juta yang ditahan di Hong Kong dengan mengaitkan Datuk Seri Musa Aman itu hanya kerana beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Untuk makluman bahawa antara pemegang Amanah akaun  perhubungan UMNO Sabah adalah Datuk Seri Musa Aman sendiri di samping Bendahari dan Setiausaha Agung.

Wang parti adalah wang parti dan tiada kaitan dengan wang kerajaan. Sebagai bukti, Sabah sejak Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan telah mendapat pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara bebas teguran malah rating antarabangsa memberikan 'AAA rating' tertinggi bagi pengurusan kewangan negeri.

Sejak Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, wang simpanan negeri melepasi RM3 bilion berbanding keadaan kewangan negeri sebelum itu yang hampir negatif. Selain itu, bajet kerajaan negeri senantiasa membuat rekod terbaharu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook