Latest News

Friday 19 February 2016

Sampah Maya Timbul Lagi! "Isu Tanah: Osman Jamal Patut Dipecat?"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sehubungan itu, bagi pihak 400 pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan berkenaan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Isu Tanah Osman Jamal Patut Dipecat Oleh Web Sabah Daily (screenshot)


PENABUR sampah iaitu Doris Jones menggali lagi sampah lama yang ditaburkan ke dalam dunia maya. Kali ini sampah tahun 2012 yang tepatnya sampah bertarikh 27 November 2012 melalui tulisan sebuah blog di mana isu yang kononnya seramai 400 pemilik tanah di sebuah kawasan di Kinabatangan akan menolak calon BN pada PRU-13 (tahun 2013). Kini, sama-sama kita tahu semua calon BN bagi kawasan Kinabatangan baik DUN mahupun MP semua menang besar.

AFS kerap memberitahu pembaca bahawa Doris Jones adalah individu yang suka menggali sampah alam maya selain menjadi penabur sampah. Alam maya merupakan tempat penyimpanan berbagai dakwaan yang tiada had jumlahnya. Oleh sebab itu, sebarang dakwaan atau kenyataan mahupun perkara benar atau palsu yang dimuat naik pada alam maya akan tersimpan rapi dan menunggu untuk digali semula.

Penulis blog yang dirujuk Doris Jones mempunyai karakter yang sama dengan pelarian itu kerana mempunyai kegemaran menulis perkara-perkara palsu. Apa yang mendukacitakan ialah individu terbabit berlagak serba tahu sedangkan dia langsung tiada pengalaman bekerja atau mempunyai latar belakang yang boleh dibanggakan. Melainkan hanya seorang individu yang cari makan melalui tulisan-tulisan fantasi yang berupa pembohongan serta cerita kedai kopi yang tiada kebenaran.

Doris Jones, tidak payahlah memberitahu SPRM untuk menyiasat kerana SPRM telah bertindak seperti semut iaitu di mana ada gula, di situlah semut berada. Demikian juga SPRM, di mana ada salah laku, pasti mereka akan berada untuk menyiasat.

Oleh kerana tulisan dalam blog tersebut merupakan sampah, maka SPRM tidak sanggup menggali sampah kerana kebusukan sampah itu sangat luar biasa!

Kepada para pembaca, janganlah terpengaruh apa yang ditulis oleh blog itu kerana pelopor blog itu telahpun meninggal dunia dan kini diteruskan oleh muridnya yang mewakili sifat-sifat pelopor tersebut iaitu suka menulis cerita-cerita fantasi dan fiksyen serta bohong selain cerita fitnah.

Pembaca perlu mengetahui bahawa urusan tanah bukan semudah itu. Pengarah Jabatan Tanah walaupun mempunyai kuasa mengeluarkan geran tanah atau memproses permohonan tanah, namun semua itu perlu memenuhi pensyaratan yang ketat. Sebelum sesebuah permohonan tanah diluluskan, pertama ialah LOC (Local Office Council) perlu membuat perakuan kepada NRE (Minister of National Resources and Environment) bahawa tanah yang dipohon itu wujud dan memang tersedia untuk dipohon. Melalui LOC itu dan kebenaran NRE, maka Pejabat Tanah mencari lokasi atau kawasan demikian dan selepas itu barulah permohonan boleh diproses termasuk proses pengukuran. Proses itu bukan sebulan atau dua (2) bulan, akan tetapi bertahun-tahun lamanya malah boleh mencecah puluhan tahun.

Pengarah Tanah bukan “one man show” dalam meluluskan permohonan tanah. Dalam soal negeri Sabah, setiap permohonan perlu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Semua tahu bahawa dalam DUN itu adalah termasuk juga wakil rakyat dan juga wakil pembangkang.

Kepada pembaca, anda perlu mengetahui cerita atau proses permohonan tanah. Dan untuk itu, janganlah terpengaruh tulisan-tulisan sampah atau dakwaan sampah khususnya daripada Doris Jones!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook