Latest News

Wednesday 17 February 2016

SKALA Gaji Apa Yang PELARIAN JONES Maksudkan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kata pekak tidak pekak... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KERAJAAN atau pembuat dasar hanya mempunyai kuasa penentuan gaji penjawat awam. Manakala di pihak swasta, kerajaan hanya mampu sebagai pencadang. Sebagai contoh, dalam perkara penetapan gaji minimum bagi pekerja swasta yang telah memakan masa yang panjang kerana pihak majikan tidak besetuju dengan cadangan kerajaan.

Gaji kakitangan swasta adalah tanggungan majikan. Ertinya, penggajian sangat bergantung kepada kemampuan majikan. Lagipun, penggajian di sektor swasta bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak di mana majikan memaklumkan gaji yang ditawarkan bagi sesuatu jawatan. Jika bakal pekerja menerimanya, maka barulah dilantik ke jawatan yang dimaksudkan.

Doris Jones berfikir bahawa majikan swasta mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan. Maka atas sebab itu, menyalahkan wakil-wakil rakyat mengapa tidak mampu menekankan kerajaan untuk menaikkan gaji pekerja swasta.

Di mana-mana negara di dunia ini, tidak ada kuasa wakil rakyat atau kerajaan terhadap majikan sektor swasta. Doris Jones hanya berbohong yang kononnya dia mampu mempengaruhi kerajaan UK dalam berbagai polisi termasuklah bayaran gaji.

Mungkin yang dimaksudkan Doris Jones adalah gaji pekerja kolar biru. Hal ini kerana jika berkolar putih, gaji yang yang dibayar swasta adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jawatan awam. Jika kolar biru, maka ianya juga bergantung besar kecilnya sesuatu syarikat tersebut. Dan jika sekiranya syarikat besar, biasanya membayar gaji lebih tinggi.  

Di Malaysia, kepada mereka yang terkait dengan gaji minima adalah pekerja-pekerja seperti pelayan restoran, kedai runcit atau kedai membeli-belah. Manakala pekerja di sektor lain, biasanya gaji minima telah melepasi. Ertinya, tidak ada timbul isu gaji minima. Kalau sektor buruh juga, gaji berkisar pada angka RM40 hingga RM160 sehari. Ertinya, gaji minima telah melepasi.

Kepada Doris Jones, janganlah ikut campur kepada sesuatu yang anda tidak tahu pangkal duduk perkara sebenar dan bertambah-tambah lagi anda hanya bercakap seperti air longkang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook