Latest News

Thursday 25 February 2016

STRATEGI MUSA: Bahas Hanya Melopong, BISIK KENYANGGG!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa tidak benarkan bahasa Perkara 20 & Malaysia Agreement … Oleh FB milin Biok Jr (screenshot)

KURANG bijak dalam satu pasukan atau satu rumah perlu pekik terlalak terlolong sedangkan semunya boleh duduk berbincang dan malah berbisik.

Berteriak-teriak dan melolong itu sebenarnya seperti tin kosong yang nyaring sebab kosong. Pendekatan YAB Datuk Seri Musa Aman “silent is golden”. Buktinya sejak tahun 2003, pembanguan Sabah sungguh luar biasa dari segi pengumpulan kewangan negeri mahupun bajet. Apa yang paling mustahak sejak Datuk Seri Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri, tiada sebarang harta negeri yang dijual untuk menampung perbelanjaan pembangunan dan tiada tanah negeri yang diberikan untuk tujuan yang sama. Malah, sejak  Datuk Seri Musa Aman menerajui kerajaan negeri, syarikat-syarikat kerajaan yang dahulunya diswastakan berjaya diambil kembali dan melalui perbicaraan di mahkamah yang begitu panjang, Tanah Prince Philip, Tanjung Aru (The Prince Philip Park, Sabah) juga berjaya dimenangi oleh kerajaan negeri.

Datuk Seri Musa Aman lebih gemar bekerja secara senyap apabila mahukan sesuatu untuk rakyat Sabah. Sebagai contoh penubuhan M3Energy Bhd, syarikat carigali minyak Sabah.  Di pihak lain, terlolong-lolong agar Petronas memberikan share dalam kawasan carigali minyak khususnya di kawasan atau perairan Sabah.  Datuk Seri Musa Aman bekerja secara senyap dan halus akhirnya apabila kelulusan dan share diberikan, maka beliau umumkan kewujudan syarikat carigali minyak negeri. Kelulusan seumpama itu adalah kebenaran julung-julung kalinya oleh Petronas.

Usaha mengambil alih jawatan-jawatan penting Persekutuan di Sabah, jarang benar terdengar Datuk Seri Musa Aman bercakap di khalayak umum mengenainya tetapi dibuat secara senyap. Sebagai bukti, semua jawatan utama Persekutuan di Sabah telahpun dipegang oleh anak watan Sabah termasuklah UMS.

Apa yang penting dalam setiap permintaan adalah melalui perbincangan kerana perbincangan akan biasa akan membuahkan kejayaan. Berbanding berteriak-teriak di sana-sini termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana cara itu bukan cara kerja satu pasukan. Benar, bukan?

Bukan meremehkan tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Walaupun beliau suka sangat mewar-warkan permintaannya termasuk kelulusan DUN Sarawak berkaitan royalti minyak, namun hingga ke saat ini permintaan itu belum dapat dipenuhi. Malah, pada masa kini ianya tidak berbaloi lagi kerana harga minyak mentah telah menjunam. Jikalaupun permintaan itu dipersetujui, ianya hanya berlaku di atas kertas atau rekod kerana jika Petronas bersetuju, maka syarikat minyak sudah berterus terang terpaksa berhenti beroperasi di kawasan Sarawak.

Sebenarnya, sumbangan keuntungan Petronas bukan berpunca daripada operasi dalam negara akan tetapi luar negara. Kawasan Sarawak operasi Petronas sebahagian besarnya menghasilkan gas dan bukannya minyak. Oleh sebab itu, sebarang pembayaran melebihi 5 peratus akan menyebabkan syarikat itu berhenti beroperasi ekoran operasi itu tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada syarikat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook