Latest News

Wednesday 3 February 2016

Tahun 1994, PBS HILANG KUASA KERANA PEMBELOTAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Parti Bersatu Sabah Hilang Kuasa disebabkan ... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

MEMANG benar Parti Bersatu Sabah (PBS) hilang kuasa kerana pembelotan daripada pemimpinnya sendiri. Tindakan Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Rubin Balang melompat selepas pilihan raya tahun 1994 yang menyebabkan PBS kehilangan kuasa majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Sebelum pilihan raya itu, sebenarnya ramai pemimpin PBS telah keluar daripada parti itu untuk membentuk parti serpihan. Antaranya Datuk Seri Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PBS mewakili kaum Cina menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP), Tan Sri Joseph Kurup, Setiausaha Agung dengan menubuhkan PBRS, Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Presiden menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) kini ditukar kepada nama UPKO yang kemudiannya parti-parti serpihan itu bergabung dalam BN Sabah apabila berdepan dengan PRN pada tahun 1994. Demikianlah BN tidak menang dalam pilihan raya itu apabila hanya menang 23 kerusi daripada 48 berbanding PBS yang mendapat 25. Dalam kedudukan itu, maka berlaku desas-desus sehingga Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Rubin Balang membelot untuk menyertai BN.

Pada pilihan raya tahun 1999, PBS berdepan dengan BN iaitu pertama kali parti itu kalah dalam pilihan raya sejak ditubuhkan pada tahun 1985. Oleh kerana persempadanan semula, PBS melihatnya sebagai tiada peluang untuk menang, maka parti itu memutuskan untuk menyertai BN pada tahun 2002. Kini, PBS sebagai anggota BN Sabah yang merupakan parti terkuat selepas parti UMNO.

Sebenarnya, PBS hilang kuasa kerana pembelotan akan tetapi kalah dalam pilihan raya bukan kerana pembelotan dan rakyat Sabah mula sedar bahawa parti itu tidak akan membawa Sabah ke arah kemajuan kerana pendekatannya semasa memerintah sendirian sebagai pemerintahan yang tidak mesra kepada Kuala Lumpur. Tindakan tidak mesra itu, maka peruntukan daripada Persekutuan tersendat bertahun-tahun sehingga menyebabkan Sabah hampir muflis dan menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Kini, selepas menyedari kesilapan lampau maka PBS bersama-sama UMNO membangunkan negeri secara beterusan sehinggakan Sabah mampu bangkit dari segi kewangan dan bajet pembangunan. Kadar kemiskinan menurun daripada 29 peratus ke paras 8 peratus dan mempunyai kecenderungan menurun sehingga ke paras 4 peratus.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook