Latest News

Monday 15 February 2016

TARIKH KEMERDEKAAN: SAH! Tulun Sabah Lemah Akal

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Terbaik Sarawak...Sabah hanya mampu tengok... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

TELAH terbukti bahawa penggiat facebook Tulun Sabah memang lemah akal sehingga tidak dapat membaca isyarat mengapa Tan Sri Adenan Satem meminta agar 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum Sarawak? Sebabnya, hari berkenaan merupakan hari di mana Sarawak diberikan Internal Self-Government oleh British pada tahun 1963. Akan tetapi masih belum dijadikan cuti umum. Sementara Sabah yang diberikan Internal Self-Government pada 31 Ogos, tahun yang sama di mana hari berkenaan sehingga kini merupakan sebagai cuti umum. Ianya bukan sahaja di Sabah akan tetapi seluruh negara! Nampak sangat kebodohan dan lemahnya akal Tulun Sabah menangkap fahaman terhadap tindakan Tan Sri Adenan Satem meminta 22 Julai sebagai cuti umum.

Hanya orang yang lemah akal suka membanding-bandingkan pemimpin kerana membandingkan seseorang pemimpin di antara dua negeri sebenarnya bukan lumrah bagi mereka yang berakal. Atas sebab setiap negeri atau negara mempunyai ciri-ciri yang berlainan sebagai contoh seperti membandingkan di antara Presiden Indonesia dan Presiden Amerika? Atau Perdana Menteri Jepun dengan Perdana Menteri Greece? Demikian juga membandingkan Ketua-ketua Menteri atau Menteri-Menteri Besar. Cuba bayangkan bagaimana membandingkan antara Ketua Menteri Melaka dan Sarawak atau Pulau Pinang? Fikir-fikirkan!

Contoh mudah misalnya membandingkan di antara sebuah bandaraya dengan bandaraya yang lain. Membandingkan antara Bandaraya Kuala Lumpur dengan London? Atau Bandaraya Kota Kinabalu dengan Tokyo? Adakah ianya logik? Bolehkah? Ya! Boleh itu boleh tetapi tindakan seseorang itu adalah tindakan yang kurang berpendidikan kerana di antara bandaraya yang lain mempunyai ciri-ciri dan latar belakangnya yang  tersendiri.

Pengiat facebook seperti Tulun Sabah menunjukkan ciri-ciri kelemahan akal dan fikiran serta tidak berpengetahuan. Oleh kerana kecenderungan Tulun Sabah sebagai pembangkang, maka ciri-ciri pembangkang secara umumnya adalah demikian. Rata-rata mereka itu berhati busuk, kurang pengetahuan dan suka bertindak secara membabi buta.

Tindakan Tan Sri Adenan Satem itu sebenarnya untuk memberi keyakinan kepada mereka yang lemah fikiran yang mementingkan perkara-perkara remeh seperti hal-hal tanggal atau tarikh. Oleh sebab itu, ketua menteri itu mewar-warkan permintaan tersebut. Tan Sri Adenan Satem adalah seorang pemimpin veteran yang tahu bermain psikologi. Dalam politik, bermain psikologi merupakan satu pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Mungkin itu yang mahu dilakukan oleh Tulun Sabah. Akan tetapi, syarat-syarat bermain psikologi seperti mana dilakukan oleh Tan Sri Adenan Satem biasanya hanya mempunyai erti jika seseorang itu mempunyai kedudukan kerana melalui kedudukan yang ada itu mampu menzahirkan apa yang dikehendaki. Tulun Sabah tiada kedudukan itu dan akhirnya hanya dikategorikan sebagai lemah akal!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook