Latest News

Wednesday 24 February 2016

The VOICE Of Borneo: SEMEMANGNYA Individu Dalam Gua

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dahlan-you are a traitor of Sabah just like Salleh, Harris,Anifah and Musa Aman... Oleh FB Page The Voice of borneo (screenshot) (screenshot)

NAMPAK sangat bahawa The VOICE Of Borneo merupakan individu yang tinggal di dalam gua kerana tidak lagi mengetahui perkembangan mutakhir berkaitan politik tanah air.

Terlihat sangat yang individu tersebut itu tidak mengenal nama-nama pemimpin yang disebutnya dan siapakah mereka.

Kenyataan pemilik facebook itu sama dengan membakar rumah sendiri kerana tersalah anggap bahawa rumahnya itu sebagai sarang tabuan.Tak gitu? Maka, keadaan itulah yang cuba mengheret nama-nama pemimpin yang dia sebutkan supaya mengikuti tindakannya yang sudah buta peta dan buta sejarah.

Pemilik facebook itu cuba membawa pembaca supaya terpesong agar meyakini dakwaan seseorang seperti Zainal Ajamain yang memesongkan catatan sejarah serta menginterpretasikan sejarah menurut pemikirannya sendiri pada masa sekarang.

Laman itu langsung tidak memahami percaturan dalam politik bahawa politik itu merupakan “a games of numbers” dan politik itu “a games of supporting and getting support”. Dalam politik, seorang pemain tidak bakal menang kerana dalam politik yang diambil kira adalah suara majoriti atau suara ramai.

Zainal Ajamain berasaskan kenyataan-kenyataan dan tulisan-tulisannya diibarat "seekor anjing yang bermain dengan ekornya". Selain itu, dia bertindak senantiasa menegakkan benang yang basah selain "kuman di seberang lautan nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan".

The VOICE of Borneo bersetuju dengan kenyataan-kenyataan Zainal Ajamain oleh kerana selain pengetahuannya yang sempit juga latar belakangnya yang sudah lapuk dan terkeluar daripada dunia kenyataan!

Mengapa dinyatakan bahawa The VOICE Of Borneo terkeluar daripada dunia kenyataan? Sebabnya, dia langsung tidak “update” bahawa kerajaan BN yang berasaskan multi party bermula tahun 1994 yang telah menjadikan Sabah maju baik dalam infrastruktur akan tetapi dalam pembangunan ekonomi juga. Menyokong kenyataan Zainal Ajaimain berkaitan dengan pendapatan bersih 40 peratus Persekutuan daripada Sabah hanya di atas kertas dan teori sahaja kerana data mengenainya langsung dia tidak ketahui.

Dato' Rahman Dahlan awal-awal lagi bersetuju dengan angka 40 peratus itu akan tetapi beliau menimbulkan persoalan. Andai kata luncuran kewangan daripada Persekutuan kepada Sabah sebenarnya jauh lebih berbanding 40 peratus itu, apakah Sabah setuju kemudian apabila Persekutuan kembali kepada angka itu? Atau sebaliknya? Jika kajian yang sedang dilakukan menunjukkan bahawa luncuran kewangan daripada Persekutuan adalah lebih rendah berbanding 40 peratus, maka adalah mudah membisikkan kepada Perdana Menteri atau kerajaan persekutuan untuk memenuhi obligasi itu. Tetapi, hal ini adalah menjadi sukar jika berlaku sebaliknya. Benar, bukan?

Mereka yang terlibat dengan kerajaan seperti Dato' Rahman Dahlan mengetahui benar bahawa luncuran kewangan daripada Persekutuan sebenarnya jauh lebih besar berbanding dengan angka 40 peratus pendapatan bersih persekutuan daripada Sabah. Hal ini kerana melalui kementerian beliau sendiri setiap tahun hampir RM1 bilion dibelanjakan. Sedangkan, seluruh kementerian dan agensi persekutuan yang lain juga menyalurkan kewangan kepada Sabah. Melihat kepada kementerian dan agensi persekutuan yang lebih kepada 40 buah, jika rata-ratanya RM1 bilion setiap agensi diperuntukan setiap tahun, maka pastilah RM40 bilion telah diluncurkan kepada Sabah. Jumlah itu merupakan 15 peratus bajet tahunan persekutuan dan dalam jumlah itu juga masih belum termasuk bayaran gaji dan pencen kepada kakitangan persekutuan yang berasal Sabah.

Jika dinisbahkan semula angka, maka akan menjadi RM267 bilion! Ya! Benar! RM267 bilion. Apakah pendapatan atau perolehan Persekutuan daripada Sabah mencapai angka itu? Sedangkan, jumlah RM267 bilion merupakan bajet Persekutuan?

Apabila bercakap mengenai angka itu, maka ianya tidak boleh serakap jarang. Ini adalah seperti mana kenyataan-kenyataan Zainal Ajamain di mana angka-angka itu mestilah betul dan tepat berasaskan fakta. Bagaimana sekarang? Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook