Latest News

Thursday 11 February 2016

'UMNO' HANYALAH SEBUAH PARTI!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Teda lah.. umno adalah yang terbaik untuk Sabah... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)


UMNO hanyalah sebuah parti. Parti hanya dilengkapi dengan perlembagaan. Sebagai parti, ianya tidak akan membawa apa-apa kerosakan atau imej buruk atau negatif kerana perlembagaannya tidak melanggar perlembagaan negara atau undang-undang dalam negara. Jika parti terpalit dengan imej buruk seperti mana pada 'caption' itu yang kononnya kenyataan KULI sebenarnya bukan kerana parti sebaliknya oleh segelintir pemimpin parti yang tidak amanah mahupun pemimpin parti yang tidak berjuang sesuai dengan matlamat penubuhan parti serta tidak sealiran dengan perlembagaan parti.

Kata orang, dalam setandan pisang pasti ada sahaja yang rosak, dalam sebakul telur pasti ada yang busuk! Oleh sebab itu, janganlah kerana nila setitik, maka susu sebelanga rosak.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada pemimpin Umno yang kaya kerana mendapat peluang. Peluang sebenarnya terbuka kepada sesiapa sahaja namun apakah berjaya mendapat peluang itu adalah sangat terletak pada individu masing-masing. Mereka yang hanya menunggu disuap, pasti akan ketinggalan dan tercicir. Kemudian 'mereka-mereka' inilah yang membuat bising kononnya tidak terbela serta mendakwa bahawa hanya pemimpin yang memperkayakan diri sendiri dan mementingkan diri sendiri.

Parti Umno adalah parti yang wujud sebelum merdeka lagi. Parti itu adalah parti yang berjuang menuntut kemerdekaan. Parti itulah yang mencorakkan pembangunan negara sehingga kini. Bagi mereka yang lahir selepas merdeka perlu mengetahui bahawa parti Umnolah yang menjadi tunjang kerajaan dari dulu sehinggalah kini.

Kata orang, jika berjuang tidak mendapatkan hasil perjuangan, maka perjuangan itu adalah sia-sia. Samalah juga dengan menanam kelapa sawit atau padi, selepas ditanam, maka hasilnya perlu dituai. Mereka yang berjuang dari dahulu kemudian mendapat peluang merasakan perjuangan mereka, adakah itu salah? Namun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan perjuangan dan hanya menumpang kepada perjuangan orang lain, maka terlalu mudah menuduh dan membuat dakwaan. Sedangkan, mereka itu tidak merasakan betapa susahnya perjuangan pada peringkat awalnya. Kata peribahasa, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook