Latest News

Tuesday 23 February 2016

UMNO ke Sabah Atas Jemputan PBS?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sudah 25 tahun UMNO di Sabah, kamu juga ... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

MENJELANG pembuangan undi pada PRU 1990 (kawasan Parlimen di Sabah), Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Barisan Alternatif bersama-sama DAP dan S46. Pemimpin BN pada masa itu cukup terpukul termasuk Perdana Menteri (Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad kini Tun) di mana kawan seperjuangan menyertai lawan sehingga peristiwa itu dipanggil 'tikam belakang'.

Di Sabah, PBS adalah parti yang memerintah. Manakala parti USNO merupakan parti pembangkang. Namun, di peringkat nasional, kedua-dua parti merupakan anggota Barisan Nasional (BN)

Tindakan Tikam Belakang PBS menyebabkan parti USNO menjemput UMNO mengembangkan sayap ke Sabah. Sebagai permulaan kemasukan UMNO ke Sabah, maka parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Usukan, Kota Belud  pada tahun 1991. Pada PRK itu, Tun Datu Mustapha Datu Harun dicalonkan sebagai calon Parti UMNO. 

PRK Usukan Kota Belud yang dimenangi calon UMNO merupakan anak sulung UMNO di Sabah.  

Kemasukan UMNO di sabah selain dijemput secara rasmi oleh parti USNO melalui pembubaran parti itu dan menyerapkan seluruh ahlinya ke dalam parti UMNO yang juga atas kehendak berbagai pihak di Sabah yang bukan ahli USNO. Ini khususnya daripada bekas-bekas ahli parti Berjaya dan PBS.

Kemasukan UMNO ke Sabah diperkuatkan oleh tindakan PBS menikam BN di ambang pembuangan undi. Itulah sebab utamanya dikatakan kemasukan UMNO ke sabah secara tidak langsung kerana tindakan PBS itu. Semasa UMNO masuk, kerajaan Sabah diperintah PBS. Sekiranya PBS tidak bertindak keluar daripada BN, besar kemungkian UMNO tidak akan pernah mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Mengapa YAB Datuk Seri Musa Aman mengatakan sempena sambutan Jubli Perak UMNO Sabah bahawa kemasukan UMNO atas kehendak rakyat? Sebabnya, pertama parti USNO menjemput parti itu secara rasmi manakala PBS secara tidak langsung.

Pada tahun 1990, rakyat Sabah hanya diwakili dua (2) parti iaitu parti PBS dan parti USNO. Ertinya, atas akibat tindakan dua parti itu, UMNO masuk ke Sabah dan maka dapat disimpulkan bahawa kemasukan UMNO atas sebab jemputan atau kehendak rakyat!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook