Latest News

Thursday 11 February 2016

Wawasan 2020 Tidak Bakal Dicapai Hanya Pandangan Salleh

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) WAWASAN 2020... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DATUK Seri Salleh Said Keruak yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia hanya memberi pandangan politik berkaitan kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara terus-menerus mengecam Perdana Menteri.

Salleh mengetahui benar akan sifat mantan Perdana Menteri itu, yakni jika mempunyai maksud lain, maka lain yang dilakukan. Salleh sebagai pakar politik melihat bahawa tindakan Tun Dr. Mahathir mengecam dan mengkritik Dato' Seri Najib Razak rupanya bermaksud lain iaitu apabila mantan Perdana Menteri mendapati bahawa Wawasan 2020 tidak bakal direalisasikan kerana pendokong kepada pencapaiannya terbantut akibat pergolakan ekonomi dunia yang membantut pertumbuhan negara.

Pada tahun 1991 apabila Wawasan 2020 dilancarkan, maka unjuran 7 peratus pertumbuhan ekonomi negara diperlukan sehingga tahun 2020 untuk merealisasikan Wawasan 2020. Namun, akibat krisis kewangan tahun 1997 telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara menguncup malah negatif sehingga tahun 2009.

Tun Dr. Mahathir adalah seorang doktor dan beliau tahu membuat diagnosis sesuatu perkara yang 'tidak' bakal tercapai.  Selain itu, Tun juga merupakan seorang individu yang tidak mahu mengaku kalah. Oleh kerana beliau tahu bahawa Wawasan 2020 tidak bakal menjadi kenyataan, maka seseorang perlu dijadikan kambing hitam mengapa wawasan ini tidak tercapai.

Bakal tidak tercapainya Wawasan 2020 kerana disebabkan faktor ekonomi bukannya disebabkan ada sesiapa yang makan duit seperti dakwaan Doris Jones. Alahai! Susah sangat kalau melayan orang gila seperti Doris kerana dia tidak tahu apa yang dikatakannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook