Latest News

Monday 22 February 2016

WSJ TERUS MENULIS Tapi...Pelanduk Melupakan Jerat, Tetapi Jerat Tidak Melupakan Pelanduk!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Editor Wall Street Journal (WSJ) yang ... Oleh BLOGGER MSTAR (screenshot) (screenshot)
(ii) saman WSJ kalau tuduhan tak berasas, jangan ... Oleh FB The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

BEBERAPA kes fitnah oleh media yang sama terhadap beberapa pemimpin Singapura tahun 90-an telah memakan masa yang lama malah bertahun. Selepas itu, apabila semua pembohongan terkumpul dan media yang berkenaan berhenti menulis berbagai bentuk fitnah, barulah dilakukan tindakan saman dan benar juga strategi itu membuahkan hasil apabila media itu terpaksa membayar ratusan juta dolar Singapura.

Berperang dengan musuh yang hanya tahu menembak sembarangan, strategi yang perlu dilakukan adalah membiarkan musuh menembak dan menghabiskan seluruh peluru dalam simpanannya. Maka, apabila masa itu telah tiba, bukan saja tidak perlu lagi membalas tembakan, malahan mengacu senjatapun pihak musuh terus mengangkat 'bendera putih'.

Strategi Dato' Seri Najib Razak dengan membiarkan WSJ terus menulis kononnya berasaskan dokumen yang mereka simpan adalah strategi yang jitu. Ini kerana bertindak pada masa di mana WSJ masih belum menghabiskan semua tulisannya adalah tidak berbaloi kerana peperangan dengan mereka ini adalah peperangan 'curi-curi ayam' di mana mereka hanya membuat dakwaan menggunakan maklumat yang kononnya benar akan tetapi maklumat separuh matang atau maklumat yang ditokok tambah mahupun maklumat yang diada-adakan.

Sebagai seseorang yang dituduh, Dato' Seri Najib tahu benar di mana dakwaan yang betul dan palsu. Sementara komen Datuk Seri Salleh Said Seruak pula adalah bersandarkan kepada keadaan yang terkini berlaku iaitu berdasarkan kepada kenyataan Peguam Negara, YA Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Berasaskan kepada kenyataan Apandi, maka dakwaan atau laporan atau tulisan berbagai pihak termasuk WSJ adalah semuanya auta dan berunsurkan fitnah serta dakwaan.

Hanya satu sahaja maklumat yang betul yang berjaya ditembak oleh WSJ iaitu berkaitan jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Manakala laporan mengenainya yang dibuat berbagai pihak termasuk WSJ adalah ulasan sendiri dan bukan berasaskan kepada keadaan sebenar.

Salleh terkilan, mengapa masih ada rakyat Malaysia percaya laporan pihak ketiga berbanding kenyataan Peguam Negara? Perbuatan mereka itu memperlihatkan atau menunjukkan bahawa mereka itu diibaratkan sebagai macai media asing kerana yakin dengan pihak lain yang tiada hubungan langsung dengan negara berbanding dengan badan yang bertanggungjawab dalam negara. Sebabnya, adalah kerana agenda mereka mahu memburukkan imej negara dan pemimpinnya agar negara menjadi 'negara murahan' di mata masyarakat antarabangsa. Perbuatan mereka itu bagaikan, "anak kera di hutan disusukan, anak sendiri  di rumah kebuluran". 

Berkaitan dengan desakan berbagai pihak agar Dato' Seri Najib menyaman WSJ, tunggulah masa dan waktunya apabila tiba harinya "ruas akan bertemu buku" jua.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook