Latest News

Monday 22 February 2016

YA! Ada Majikan Bayar Upah Di Bawah 'Garisan Kemiskinan'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenyataan dari pemimpin dari Umnobn... Oleh  FB Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)
(ii) elia tidak malas  tetapi gaji yang tidak... Oleh FB Gerakan Perubahan Rakyat Sabah (screenshot)
(iii) Golongan belia dinegara ini yang diakatakan malas adalah... Oleh  FB The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)
(v) Golongan Belia tidak Malas,Golongan Menteri yang malas ... Oleh FB Juin Molondoi (screenshot)
(iv) Belia Sabah cuma dapat gaji sebanyak RM600 sebulan ... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

YB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan memberi contoh pengalaman beliau sendiri bahawa buruh tempatan yang bekerja pada sektor 3D (Dangerous, Dirty & Difficult - bahaya, kotor dan sukar) dibayar gaji bukan sahaja di bawah gaji minima (RM920) juga di bawah garisan kemiskinan (RM750).

Isu yang dimainkan oleh majikan swasta yang kononnnya belia tempatan malas dan tidak mahu bekerja di sektor 3D, sebenarnya hanya propaganda mereka untuk mendapatkan buruh asing yang mereka membayar di bawah garis gaji minima dan garis kemiskinan.

Kepada keyboard warrior, janganlah mendakwa bahawa buruh asing dibayar gaji lebih daripada buruh tempatan kerana fakta lapangan menunjukkan bahawa buruh asing yang baru atau fresh dibayar gaji antara RM400 hingga RM500 sebulan. Atas faktor inilah apabila buruh asing itu sudah terbiasa dengan persekitaran akan menjadikan mereka sebagai PATI oleh kerana mereka lari daripada majikan. Apabila lari dari majikan di mana dokumen mereka seperti pas kerja dan passport disimpan oleh majikan, maka mereka menjadi buruh asing yang tidak berdokumen.

Majikan di Malaysia lebih suka mengaut keuntungan yang berlebihan melalui sistem pengupahan yang murah. Rata-rata majikan tidak mahu membayar upah minima apatah lagi upah lebih.

Kelicikan majikan lagi apabila mereka hanya membayar upah dan bukannya gaji, maka mereka tidak membayar potongan KWSP dan SOCSO. Ini bermakna kehadiran buruh yang bekerja di syarikat mereka sebenarnya tidak berdaftar atau tidak ada rekod.

Buruh seumpama ini tidak mempunyai locus standi apabila berlaku kemalangan kerana syarikat itu akan menafikan bahawa si fulan dan si fulan itu bukan pekerja mereka. Nampak, bukan? Perbuatan para majikan melalui pengalamanYB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan bahawa ada buruh berjumpa beliau memohon bantuan kerana upah yang tidak mencukupi. Sebenarnya, inilah perbuatan para majikan yang gemar mengambil buruh asing yang terdesak hanya membayar upah akan tetapi tidak mendaftar buruh mereka di agensi-agnesi yang berkaitan untuk mengelak bayaran caruman KWSP dan SOCSO.

Sebenarnya, para majikan masih untung meskipun membayar RM1000 kepada PATI atau warga asing berbanding buruh tempatan oleh kerana dengan melalui buruh tempatan, majikan akan dikenakan membayar caruman KWSP dan SOCSO. Manakala buruh asing pula tidak! Sebenarnya, tujuan majikan mengambil buruh asing berbanding buruh tempatan semuanya berkisar berkaitan dengan keuntungan dan bukannya atas sebab buruh tempatan itu malas atau enggan bekerja dalam sektor 3D.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook