Latest News

Monday 21 March 2016

Amboi! Doris Sungguh Sopan Percakapannya, Bila Dimaki Mencela Pula!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa ADMIN di blog ini... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

ALAHAI! Si pelarian ini sungguh si kaki fitnah dan menghasut penoreh getah serta rakyat. Tanpa bukti dan fakta dia menyatakan bahawa kerajaan menipu penoreh getah.

Sedangkan, kerajaan telah melaksanakan pelbagai bantuan dan subsidi kepada penoreh getah untuk mengelakkan penoreh getah tidak menderita akibat kegawatan ekonomi dunia yang berlaku dengan melihat harga getah turun dengan mendadak.

Pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah untuk Bajet 2016, kerajaan telah menyediakan RM852 juta kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti.

Kerajaan telah menambah baik Insentif Pengeluaran Getah atau IPG. Pengaktifan IPG dinaikkan daripada RM4.60 kepada RM5.50 sekilogram bagi getah SMR20 Freight On Board. Bagi getah skrap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada RM1.75 sen kepada RM2.20 sekilogram.

Berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas 2 hektar dijangka mampu meraih pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah skrap 2 ringgit sekilogram.

Dijangka seramai 300 ribu pekebun getah akan menerima manfaat tambahan daripada kerajaan. Jumlah peruntukan yang dianggarkan adalah sebanyak RM 200 juta.

Kerajaan telah melakukan banyak perkara untuk membantu penoreh getah tapi Doris Jones masih lagi menyebarkan fitnah kepada pihak kerajaan. Inilah masalah si Doris Jones yang menjadi parasit dalam masyarakat kita! Lalu, AFS juga dimaki!


Pernah suatu ketika dulu, ada seorang wanita memberi komen dengan kata makian agak kesat di salah satu post Doris Jones pada bulan Februari lalu kerana terlalu marah tetapi Jones sungguh terkejut dan sopan sekali mempersoalkan bahasa wanita itu. Tetapi, bagaimana sekarang? Dengan menggelar kami SETAN pula, wahai si pelarian? Cermin-cerminlah diri sendiri! Dasar si kaki fitnah yang tak sedar diri!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook