Latest News

Thursday 10 March 2016

Apabila Ucapan Menteri Disiarkan Secara 'OUT OF CONTEXT'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Wahai org sabah dan sarawak... Oleh FB Page Penghasut Rakyat (screenshot)

LALUAN Lebuhraya Pan Borneo sebenarnya memang sudah siap sejak tahun 2005. Pengertian siap itu ertinya kerja-kerja pembinaan jalan dua (2) hala yang sudah dibina. Untuk menjadikan laluan itu menjadi lebuh raya dengan laluan sekurang-kurang 4 lorong, maka telah dimulakan pada tahun lepas. Maka, dengan itu kepada semua pembangkang sila jangan putar belit di media sosial!

Melalui pembinaan lebuh raya, maka jalan yang bengkok akan diluruskan, pengurangan selekoh dan pengurangan paras tinggi jalan atau menaikkan paras jalan.

Perlu difahami bahawa setiap lebuh raya biasanya bermula daripada jalan dua (2) hala. Perbezaannya lebuh raya ialah mempunyai banyak lorong dan lebar serta lurus. Manakala jalan dua hala atau dipanggil jalan perhubungan adalah hanya jalan yang menghubungkan antara satu pekan dengan pekan yang lain. Manakala lebuh raya pula selain menghubungkan antara beberapa pekan, ianya juga sebuah jalan yang tidak perlu singgah di sesebuah pekan untuk menyambung perjalanan utama yang seterusnya. Sebaliknya, perjalanan boleh terus di sambung tanpa henti pada setiap pekan yang dilintasi oleh jalan lebuh raya itu.

Sebagai contoh, sebelum jalan pintas Sulaman dibina, setiap pengguna kenderaan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud perlu melalui kedai Pekan Tuaran. Kini, tidak lagi selepas Jalan Sulaman dibina. Itulah gambaran lebuh raya. Namun, laluan ke Kota Belud sudah dibina sejak sebelum merdeka lagi. 

Demikian juga Lebuhraya Pan Borneo. Laluan lebuh raya itu telah siap sejak tahun 2005. Namun, menjadikan jalan itu lebuh raya empat hala (4) hanya bermula tahun lepas.

Ucapan Dato' Seri Samy Vellu dan Datuk Haji Fadillah Yusof yang dipetik adalah benar-benar di luar konteks yakni hanya satu tujuan bagi mengelirukan pembaca. Mereka yang suka mengelirukan pembaca tergolong kepada kumpulan menafikan pembaca untuk mendapatkan maklumat yang betul. Mereka ini tergolong kumpulan penabur cerita tidak lengkap dan tidak tepat!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook