Latest News

Wednesday 23 March 2016

ATM Nafi Amerika Syarikat Bina Pangkalan Tentera Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Panas Shafie Apdal Dedah Rancangan Pembinaan Pangkalan Tentera Amerika Di Sabah... Oleh Blog Suara Kami Baru (screenshot)
(ii) Bagus tu federal kerajaan umngook balik .... Free Borneo States.... Oleh FB Millin Biok Jr (screenshot)
(iii) Is US building army base in Sabah... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(iv) Panas Shafie Apdal Dedah Rancangan Pembinaan Pangkalan Tentera Amerika Di Sabah... Oleh FB Page GPRS (screenshot)

MASALAH terbesar kita ialah menerima fakta atau maklumat tanpa membuat selidik terlebih dahulu sama ada maklumat itu betul atau tidak. Ditambah lagi dengan golongan  yang mengulas dan menyebarkan berita adalah sememangnya golongan yang suka memfitnah tanpa memikirkan akibatnya.

Sebenarnya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya 'bertanya' dan bukan 'mendedahkan di Parlimen. Kita boleh lihat sendiri dan mendengar ulang tayang rakaman daripada Parlimen. Ini menafikan laporan akhbar atau blog yang hanya mahu publisiti menyatakan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendedahkan Amerika Syarikat kononnya membina pangkalan tentera.

Soalan daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telahpun dijawab oleh Panglima ATM Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bahawa Kementerian Pertahanan dan (Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak sama sekali berhasrat untuk membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia!

Inilah masalahnya apabila kita hanya mahu terima berita fitnah dan tidak mahu terima fakta yang sebenar. Hal ini ditambah lagi dengan kedegilan media-media daripada pembangkang yang tegar menyebarkan isu-isu fitnah ke atas kerajaan.

Kerajaan tidak pernah berkompromi mengenai isu keselamatan di negeri Sabah. Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE bukti keseriusan kerajaan menjaga keselamatan dan menangani jenayah negeri dan negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook