Latest News

Tuesday 22 March 2016

BOLEH KAGUM TAPI JANGAN HASUT!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Selaku pemimpin Sabahan yang berada di kerusi BN... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KENYATAAN terbaru Doris mengenai salah seorang pemimpin BN iaitu Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyarankan dengan mencabar parti BN-Malaya selaku pemimpin lama Sabahan. Selain itu, Doris di dalam ruang komen sering mengulangi supaya Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh keluar dari BN bagi memperjuangkan hak rakyat. Hal ini bolehlah dikagumi tetapi jangan menghasut pula!

Dalam hal ini, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh tidak akan mudah terpengaruh dengan Doris yang mempunyai banyak muslihat dan putar belit. Ya! Memang benar! Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh lantang dalam memperjuangkan hak negeri Sabah tapi ini tidak bermakna beliau perlu keluar dari BN. Benar, bukan?

Ini kerana Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh masih di dalam UMNO dan BN yang sama-sama memikirkan cara secara diplomasi untuk memperjuangkan hak negeri Sabah dan bukannya apabila membantah lalu keluar parti.

Selama ini, kenyataan Doris di laman muka buku yang banyak menghentam kerajaan dan pemimpin tiba-tiba telah bertukar dengan menyokong individu dalam BN lalu menghasut untuk keluar BN. Sudah tentu, ini mesti ada muslihat "ada udang di sebalik batu" mengenai hal ini yang kita kena fikirkan bersama. Siapa tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook