Latest News

Monday 14 March 2016

Ceteknya Pengetahuan Doris Jones TERHADAP Keadaan Peduduk Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TAWAU HARI INI... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

INI masalahnya jika seseorang yang mengaku pernah jadi rakyat Sabah, akan tetapi tidak tahu latar belakang rakyat Sabah. Rakyat Sabah terdiri daripada 36 suku kaum yang tinggal di daratan dan pesisir laut. Bagi mereka yang duduk di daratan dengan beralas kaki adalah memang perkara biasa. Namun, bagi etnik Palau apabila naik ke darat maka mereka itu kelihatan seperti mana gambar yang diviralkan. Mereka nampak macam pengemis kerana mereka merasa kebaruan dengan keadaan di darat seperti warung-warung atau gerai-gerai kerana di laut pemandangan itu mereka tidak pernah melihat selama ini.

Doris Jones hanya melihat gambar yang dimuat naik di laman sosial. Memandangkan mereka itu tidak beralas kaki, maka langsung dituduh sebagai pengemis. Terlihat betul ceteknya dan rendahnya maruah Doris Jones kerana menilai isi buku daripada kulitnya tanpa membaca isi kandungan buku tersebut.

Orang Palau (orang laut) hanya tinggal di laut namun kadangkala naik ke darat. Oleh kerana mereka yang tidak biasa melihat mereka ini, maka mengambil gambar dan memuatkannya ke laman sosial. Oleh sedemikian si pencari sampah pula si Doris Jones tergali, maka hati busuknya memberi berbagai komen negatif dan mengaitkan pihak-pihak berkuasa.

Bagi rakyat Sabah, pemandangan begini memang biasa. Seperti mana pemandangan Doris Jones di Kota London bagi mereka yang 'homeless'. Persoalannya, apakah mereka yang 'homeless' itu kelemahan polis imigresen?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook