Latest News

Monday 7 March 2016

DAKWAAN KARUT Terhadap Isu Penganugerahan Tanah Oleh Sakaran Dandai

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Berapa ekar Sakaran Dandai... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

TANAH Sabah bukan mudah diberikan pada orang bukan asal Sabah. Undang-undang tanah Sabah cukup ketat. Hanya rakyat Sabah boleh memiliki tanah Sabah. Namun demikian, jika tanah-tanah itu ada hubungan dengan ekonomi dan menjadi sumber pendapatan kepada rakyat, maka cukai atau tol akan diberikan.

Tanah Sabah sampai kiamat pun akan tetap di Sabah. Tanah Sabah tidak mungkin di bawa ke Sumatera, ke Pulau Luzon atau ke Pulau Langkawi.

Mudah sangat menuduh mantan pemimpin kerana pemimpin mempunyai kuasa. Jika benar Sakaran Dandai (Tun), semasa menjadi Ketua Menteri Sabah memberikan tanah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tentu lama sudah Sabah telah diambil semula. Sebabnya, banyak tanah Sabah diberikan kepada pihak swasta untuk dimajukan semasa Datuk Seri Yong Teck Lee menjadi ketua menteri yang telah dibatalkan perjanjian oleh kerajaan. Meskipun pihak swasta itu telah membelanjakan jutaan ringgit pada tanah itu. Inikan pula diberikan secara percuma! Fikir-fikirkan!

Kerajaan di bawah teraju Datuk Seri Musa Aman sangat sensitif terhadap tanah rakyat. Kes baru-baru ini di mana lebih 2,400 hektar tanah milik persendirian mahu dijual kepada RISDA dengan harga RM156 juta terpaksa dibatalkan hanya kerana tanah yang mahu dibeli itu tidak boleh ditukar milik.

Apatah lagi pemberian tanah secara percuma seperti mana dakwaan terhadap Sakaran Dandai yang kononnya diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa banduan itu masih Timbalan Perdana Menteri.

Dakwaan melibatkan para pemimpin ini sebenarnya hanya rekaan dan mengarut semata-mata!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook