Latest News

Friday 18 March 2016

Darell Ahli Parlimen Yang KURANG ARIF Terhadap Perlembagaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 4 soalan Parlimen Penampang ditolak oleh Parlimen... Oleh FB Darrell Leiking (screenshot)
(ii) Mengunakan saluran yg betul untuk membela rakyat sabah,... Oleh FB Page Penindasan Terhadapan Orang Tempatan Sabah (screenshot)

ISU apabila Darell Leiking memuat naik surat dari parlimen yang menolak 4 soalan MP Penampang mengenai isu geran tanah komunal sememangnya wajar soalan-soalan ini ditolak oleh parlimen.

Sebabnya, isu tanah adat adalah isu di bawah kerajaan negeri dan bukan persekutuan. Rasanya, Darell Leiking kena belajar balik soal perlembagaan.

Jangan memalukan diri sendiri dan memalukan para pengikut PKR Sabah. Tambahan lagi, kenyataan-kenyataan pengikutnya yang sememangnya buta undang-undang turut menyokong Darell Leiking.

Lain kali baca terlebih dahulu dan faham 'Perlembagaan' itu sendiri. Parlimen Malaysia tidak 'bias' cuma ianya sudah tertakluk dalam jadual kesembilan Perlembagaan Malaysia mengenai isu tanah adat ini di bawah kerajaan negeri. Perkara ini hanya boleh dibincangkan di peringkat negeri iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja dan bukan di Dewan Parlimen.

Kata seorang berpendidikan tetapi perkara asas perlembagaan pun tidak cakna dan faham! Bagaimana?

Kepada YB Darell Leiking, bagilah ahli ADUN kawasan membawa isu ini dalam Dewan Undangan Negeri dan bukan diajukan di parlimen. Geran tanah komunal ini merupakan langkah proaktif kerajaan negeri menangani masalah kemiskinan di Sabah serta melindungi kebajikan anak negeri dan mengelakkan penjualan tanah anak negeri secara berleluasa. 

Ini memperlihatkan pembangkang di sabah tiada isu sebenarnya!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook