Latest News

Wednesday 2 March 2016

DASAR Pemilik Facebook Tegar Menuduh SALLEH & RAHMAN Si Penipu!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) dua orang menteri yang terkenal dengan kehebatan mengampu Dan menipu... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

DALAM dunia politik, barang siapa yang didapati menipu, pasti tidak akan mendapat sokongan apatah lagi menjadi 'menteri'.

Setiap pemimpin yang dilantik sebagai menteri, sudah dijalankan “vetting” daripada semua pihak khususnya berkaitan latar belakang termasuk kewangan, tingkah laku, rekod keselamatan dan sebagainya.

Jika seseorang dilantik sebagai menteri, maka mereka itu sudah melalui penapisan daripada pihak berkuasa.

Page itu mendakwa membongkar penipuan? Penipuan apa? Rasanya yang menipu adalah individu di belakang nama akaun palsu itu. Ya! Sememangnya!

Penipu tidak akan mengaku sebagai penipu dan pencuri tidak akan mengaku sebagai pencuri, umpama seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya sendiri tidak boleh berjalan lurus.

Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO hanya ibaratkan membongkar kubur bapa atau ibunya jika kedua ibu bapanya sudah meninggal. Dan jika belum, maka membongkar kubur nenek moyangnya pula.

Sungguh menyesal ibu bapa kepada individu ini melahirkan anak seumpama pemilik facebook ini kerana hanya tahu membongkar kubur nenek moyang mereka. Malah, hanya tahu membongkar lubang najis sendiri.

Biasanya, apabila seseorang menuduh atau mendakwa membongkar penipuan orang lain apatah lagi pemimpin yang dia tidak tahu dan kenal, maka sebenarnya individu itulah merupakan penipu besar! Bayangkan pada diri sendiri pun tidak jujur dan menipu diri sendiri sehingga menggunakan lambang 'orang-orangan'. Bagaimanakah menuduh orang lain sebagai penipu?

Individu ini sebenarnya adalah penipu besar di dunia nyata dan atas sebab itulah berselindung di balik nama samaran dan lambang berupa gambar agar supaya tidak dikenali oleh mereka yang pernah ditipu olehnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook