Latest News

Monday 21 March 2016

Doris Jones Mengarut Lagi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah, North Borneo memang kaya... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SISTEM percukaian bagi kesemua negeri dalam persekutuan adalah semuanya sama! Ternampak sangat bagaimana Doris Jones menipu apabila mengatakan pembayaran cukai di Sabah lebih tinggi berbanding di Malaya.

Terlihat sangat bagaimana Doris Jones menipu apabila membandingkan keadaan Malaya dengan Sabah. Malaya merdeka pada tahun 1957 sedangkan  Sabah pada tahun 1963. 

Kadar kemiskinan Malaya tahun 1957 kurang 20 peratus. Manakala kadar kemiskinan Sabah adalah di atas paras 80 peratus pada tahun 1963. 

Industri lombong di Malaya telah ada sebelum merdeka lagi dan juga tanaman getah di Tanah Semenanjung. Manakala minyak hanya mula diterokai pada tahun 1974 iaitu sembilan (9) tahun selepas Sabah merdeka.

Doris Jones membandingkan anak kecil yang baru lahir dengan seorang pelajar yang telah bersekolah di sekolah rendah. Selain itu, bagaimana Doris Jones memaparkan bahawa pemimpin Sabah yang kononnya tiada pendidikan, maka menyebabkan Sabah miskin? Sedangkan, kadar kemiskinan Sabah telah diwarisi dari zaman penjajah lagi. Ya! Penjajah! Penjajah yang sama di mana Doris sedang menetap dan merupakan penaja utamanya. 

Persoalannya, apa tujuan sebenar pelarian ini? AFS tolong jawab, sudah tentulah hanya mendapatkan habuan wang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook