Latest News

Thursday 31 March 2016

EDISI Sampah Alam Maya Digali Semula: Skandal RASUAH KAYU BALAK Terhadap Musa Fitnah Semata-Mata!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia atau nama lainnya ialah Chia Tien Fon... Oleh FB Jufazli Shi Ahmad (screenshot)

GERAKAN Anak Muda Sabah sebenarnya bukan 'Gerakan' selamatkan Sabah tapi lebih kepada menyebarkan fitnah semata-mata. Yang terbaru dakwaan pengasas pergerakan yang tidak diiktiraf ini, mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menggunakan rujukan daripada rakyat asing yang sememangnya ingin melihat kekecohan di negara kita.

Sebenarnya, kes ini Michael Chia langsung tiada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah. Pada Oktober 2012, SPRM juga mengeluarkan kenyataan menafikan Michael Chia pernah ditahan di Hongkong. SPRM tidak meneruskan siasatan dan pendakwaan.

Michael Chia Thien Foh didapati bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 411 kanun yang sama kerana kes cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn Bhd pada Jun 2004 sebanyak RM2.5 juta.

Michael Chia meminta wang itu sebagai dana politik untuk parti UMNO sebagai imbuhan untuk memberi kelulusan membalak. Hal ini diakui oleh Ketua Menteri Sabah bahawa UMNO tidak pernah melantik Michael Chia.

Micheal Chia bukan pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan membalak kerana dia juga tidak mempunyai sebarang jawatan dalam politik.

Micheal Chia cuma seorang ahli perniagaan yang menggunakan kesempatan terhadap hubungannya dengan orang politik untuk kepentingan dirinya. Kes ini sebenarnya sudah selesai dan sudah ditutup oleh SPRM. Gerakan yang berlagak hero ini pula, sebenarnya hanya saja ingin mendapatkan publisiti murahan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook