Latest News

Tuesday 1 March 2016

FACEBOOK: Bagaikan Anjing Menyalak Bukit

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau yang tidak "like" ni gambar memang penyokong bn-umno... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

SISTEM demokrasi adalah permainan 'angka-angka'. Pihak yang mempunyai sokongan majoriti adalah yang mendapat sokongan. Dalam setiap pilihan raya, parti mana yang mempunyai banyak kerusi parti itulah adalah pemenangnya.

Dalam menilai orang yang berilmu, biasanya ikut resam padi, "semakin berisi, semakin tunduk". Namun, mereka-mereka yang tiada ilmu atau kosong seperti tin kosong, bunyi sahaja yang nyaring tetapi empty.

Dalam segi kekuasaan, mereka yang berkuasa tidak bising sebaliknya bekerja secara terus-menerus membela rakyat yang menyokongnya. Manakala mereka yang tiada kuasa bagaikan anjing menyalak di bukit seperti mana yang kerap dilakukan oleh page Remove Musa Remove Umno Sabah, tegar melakukan kenyataan fitnah dan provokasi.

Menghina pemimpin kerajaan termasuk Musa dan Najib, tidak akan menyebabkan orang lain terikut-ikut malah semakin meluat! Oleh sebab itu, perbuatan page ini bukan sahaja meyebabkan orang lain marah malah menyebabkan mereka yang membaca menganggap penyokong pembangkang itu menghidapi penyakit 'gila babi'.

Bagaimana rakyat menyokong seseorang pemimpin yang sebenarnya bukanlah dilihat dan dinilai berapa banyaknya “like” di facebooknya kerana ianya bukan menggambarkan sokongan yang sebenar.

Dalam menentukan siapa yang disokong adalah melalui pilihan raya. Page ini kena ingat bahawa kerajaan yang dipimpin Musa dan Najib mendapat sokongan sehingga membentuk kerajaan. Meskipun individu pemilik facebook ini bermati-matian berkempen untuk memenangkan calon mereka, namun rakyat tetap tidak menyokong kerana mereka ini bukanlah pemimpin yang boleh membela rakyat akan tetapi hanya tahu memutar beli dan menyusahkan rakyat.  


Tak habis-habis membuat fitnah di facebook!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook