Latest News

Wednesday 16 March 2016

"GERAKAN SABAH MERDEKA" Tiada Tahu Beza Otak Dengan Bola!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Walaupun tidak tau size bola, walaupun padang bola stadium likas mcm kolam kerbau... Oleh FB Page Gerakan Sabah Merdeka (screenshot)

INILAH masalahnya kalau kita ini bebal dan otak bangku persis kaki bangku yang membuat kenyataan tanpa berfikir panjang. 

Sabah FA ini milik rakyat Sabahlah jangan menuduh milik keluarga atau UMNO. Untuk pengetahuan si buta bola sepak, kebanyakan negeri akan melantik menteri besar atau ketua menteri sebagai pengerusi. Hatta, negeri pembangkang juga melantik menteri besar mereka menjadi pengerusi untuk pasukan bola sepak negeri.

Sebagai contoh, pasukan Selangor pengerusinya Dato' Seri Azmin Ali (PKR). Cuba anda tanyakan beliau, adakah dia pandai dan jaguh bermain bola? Arif tentang saiz padang? Tidak jawapannya! Sebabnya, menjadi pengerusi untuk pasukan bola sepak negeri tidak memerlukan menjadi pakar main bola sepak dan kebanyakan mereka ini memegang jawatan penting di negeri masing-masing. 

Sama juga halnya dengan Pulau Pinang yang melantik kroni DAP menjadi pengerusi dalam pasukan negerinya yang juga bukanlah seorang pemain antarabangsa atau pakar teknikal padang bola. Maka, dalam hal ini adakah ini dikatakan telah menjadi milikan keluarga atau suku kerabat mereka? Alahai! Itulah lain kali pakailah otak sikit sebelum mengeluarkan pendapat atau memang gerakan ini tegar memfitnah. Maka, tidak hairanlah sekiranya macam itu, bukan?

Ini lagi satu, padang bola dangan ladang lembu pun tidak boleh dibezakan? Kalau padang bola sepak Sabah semacam itu 'ladang' bolanya, macam mana pasukan negeri lain boleh datang bermain di negeri kita? Termasuklah Harimau Malaya sendiri yang juga pernah bermain di Stadium Likas kita! Memang dasar pemfitnah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook